Semasa

Peminat Tak Sabar Jumpa Justin Bieber Di Malaysia Oktober Ini, Sekali Tngok Harga Tiket Buat Ramai Terkedu

BERITA gembira buat peminat Justin Bieber, bintang pop terkenal itu mengumumkan tarikh baharu konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara tahun ini.

Dalam pengumuman itu, Justin Bieber turut menyenaraikan Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur sebagai lokasi persembahan pada 22 Oktober depan.

Penyanyi kelahiran Kanada itu dijangka membuat persembahan terbuka di Jakarta, Nagoya, Osaka, Tokyo yang merangkumi 100 hari sehingga tahun 2023.

“Dah lama tunggu nak konsert Justin lagi. Akhirnya Oktober ini dapat berjumpa idola saya lagi.

“Tak sabarnya menanti. Saya akan jadi orang pertama beli tiket. Memang dah lama nak tengok konsert Justin Bieber secara langsung,” tulis peminat.

Para peminat Justin Bieber tidak sabar bertemu bintang antarabangsa itu yang bakal mengadakan konsert di Malaysia Oktober depan.

Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa bermula 1 April ini, penganjur konsert berkenaan, PR Worldwide Sdn Bhd teruja untuk kembali mengumpulkan orang ramai dalam suasana konsert berskala besar namun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sewajarnya meskipun Covid-19 masih belum berpenghujung.

“Satu perasaan yang sukar digambarkan kerana akhirnya, selepas dua tahun tergendala, kami dapat mengumumkan berita gembira ini pada hari ini.

“Kami berasa sangat berbangga untuk membawakan konsert yang ditunggu-tunggu ramai, Justice World Tour untuk para peminat Bieber di Malaysia Oktober depan,” kata pengarah urusan syarikat berkenaan, Para R.

Dalam pada itu, Bieber atau nama sebenarnya, Justin Drew Bieber menerusi satu kenyataan akhbar teruja untuk mengadakan konsert jelajahnya.

“Kami sudah lama bekerja keras untuk membawakan persembahan yang paling terbaik yang pernah dipentaskan dan kami tak sabar ingin berkongsi perincian lanjut dengan para peminat seluruh duni. Jumpa anda semua tidak lama lagi,” katanya.

Sepatutnya, konsert Justice World Tour bermula pada 14 Mei 2020 namun terpaksa ditangguhkan beberapa kali disebabkan pandemik Covid-19 dan akhirnya mengadakan persembahan jelajah pertama di San Diego, California, Amerika Syarikat, 18 Februari lalu.

Bagaimanapun, konsert jelajah berkenan berdepan masalah apabila pelantun lagu Sorry itu terpaksa membatalkan persembahan keduanya di Las Vegas pada 20 Februari selepas dan beberapa kru teknikalnya disahkan positif Covid-19.

Buat masa sekarang, konsert tersebut sedang menggembara kawasan Amerika Utara sebelum bergerak ke kawasan lain di dunia termasuk kontinen Asia bermula Ogos.

Kali terakhir Bieber membuat persembahan di Malaysia adalah 10 tahun lalu ketika menjadi artis jemputan acara hiburan, MTV World Stage Live.

Tiket konsert Justin Bieber, Justice World Tour dianggarkan berharga sekitar RM288 hingga RM1,088 akan mula dijual di https://www.golive-asia.com pada pada 31 Mac ini.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar dan k.online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *