Semasa

“Layanan First Class Untuk Isteri”– Suami Lap Kaki Dan Pakaikan Kasut Isteri

Setiap wanita mempunyai ciri idaman yang tersendiri dalam mencari calon suami, ada yang mahu lelaki romantik, memahami dirinya dan sebagainya.

TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI

Perkhawinan juga bertambah indah apabila dua pasangan saling menghargai antara satu sama lain. Bahkan, pasangan yang serasi juga mampu menjamin hubungan yang berkekalan.

Semalam tular di Tiktok mengenai tindakan seorang suami yang mendapat pujian orang ramai.

Video yang dikongsikan oleh akaun @babylona90, ini mendapat perhatian netizen kerana sikap si suami yang memberi layanan terhadapnya seperti seorang permaisuri.

Menerusi video tersebut, si suami mengelap kaki dan menyarungkan kasut itu kepada isterinya sebelum dia keluar dari kenderaannya.

Dalam pada itu, si suami turut menghulurkan tangan untuk membantu isterinya turun disebabkan kenderaan tersebut agak tinggi.

Rata-rata netizen memuji sikap dan layanan baik suaminya yang berusaha untuk membahagiakan dirinya. Ada juga netizen berpendapat wanita ini bertuah kerana ditemukan dengan orang yang tepat.

Malahan, ada seorang pengguna berpesan kepada perempuan lain yang melihat video ini supaya tidak cemburu dan bersyukur dengan pasangan masing-masing. Pasangan anda dalam diam banyak melakukan kebaikan yang anda sendiri tak sedar.

“Beruntung awak dik suami awak layan awak sebaik ini.. Muga jodohnya kekal,” tulis seorang netizen.

“Suami saya pun mcm ni juga orangnya cuma awalnya saya tak perasan, sekarang dah tau tapi biasa la saya ni suka cari pasal dgn husband,” luah netizen lain.

KOMEN NETIZEN :

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber :TikTok,netizensuamiTikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *