Semasa

Seorang Lelaki Cuba MemukuI Pemandu ‘Ambulans, Akhirnya Menerima Padah Apabila Polis Menahan Semlam

Setiap pekerjaan ada risiko yang tersendiri. Kadangkala, perkara-perkara yang tidak dijangka akan berlaku dan membuatkan kita bingung untuk memahaminya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Hal tersebut samalah seperti perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai @hikumi_85 apabila memuat naik video ambulans yang dinaikinya bersama pesakit yang memerlukan rawatan diganggu dua pengguna jalan raya.

Sedar dirinya dirakam, penunggang motosikal tersebut telah segera beredar dan menukar laluan ketika berada di simpang besar.

Walau bagaimanapun, van Toyota Hiace masih lagi mengekori ambulans yang membawa pesakit itu. Risau akan berlaku kejadian yang tidak diingini lagi, pemandu van segera memandu menuju ke kawasan balai polis.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan berasa geram melihat dua pemandu tersebut yang seolah-olah membuli pemandu ambulans berkenaan.

Mereka juga menggesa pihak ambulans membuat laporan memandangkan bukti dari video yang diambil jelas menunjukkan nombor plat kedua-dua kenderaan.

Namun begitu, ada juga yang meminta sambungan kepada video tersebut kerana selepas ambulans berkenaan bergerak melalui kawasan balai polis, tiada sebarang ‘upadate’ menjelaskan keadaan sebenar situasi yang sedang berlaku.

DAH KENA CEKUP: Dua lelaki tahan, ugut pemandu ambulans dicekup

KLANG, SELANGOR- Dua lelaki yang tular mengejar dan menahan sebuah ambulans dalam perjalanan membawa seorang pesakit ke Hospital Sri Kota untuk mendapatkan rawatan dialisis ditahan pada Jumaat.

Lelaki berusia berusia 53 dan 30 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 4 petang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian yang tular di media sosial itu berlaku kira-kira jam 2 petang Khamis dan pemandu ambulans berkenaan membuat laporan berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Klang kira-kira jam 2.33 petang.

Hoong Fong memberitahu, ambulans terbabit melalui kawasan Jalan Tepi Sungai Klang dan didapati sebuah van jenis Toyota Hiace berwarna putih memandu secara rapat dari arah belakang ambulans.

Pemandu ambulan memberi amaran kepada pemandu van terbabit supaya tidak berada terlalu rapat sebelum ambulan berkenaan dikejar oleh dua lelaki.
“Pemandu tersebut menegur pemandu van dengan menggunakan pembesar suara supaya menjarakkan kenderaan.

“Tidak lama kemudian, seorang lelaki tempatan menaiki sebuah motosikal Modenas Kriss memberhentikan motosikal di hadapan ambulans berkenaan dan menghalang pergerakan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, selepas menghalang pergerakan ambulan berkenaan, suspek yang menaiki motosikal menghampiri pintu bahagian pemandu dan mengarahkannya untuk turun dari kenderaan manakala van tersebut berhenti di tepi ambulan tersebut.

Suspek yang menaiki motosikal cuba menghalang pergerakan ambulans berkenaan
“Pemandu bertindak mengundurkan ambulan untuk mengelak kedua-dua kenderaan suspek lalu terus memecut dan menuju ke hospital untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam dan di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan halangan salah.

Permohonan reman akan dibuat terhadap suspek di Mahkamah Klang pada Sabtu.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber: TikTok @hikumi_85

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *