Tasek Gelugor: Pelajar perempuan sebuah maahad tahfiz di Sungai Dua yang baharu selesai khatam al-Quran maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Guar Petai, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun menaiki kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza bersama guru serta tiga rakannya yang lain.
Bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian, kereta itu dilaporkan terbabas hingga melanggar sebatang pokok yang berada di tepi jalan di arah bertentangan.
Ekoran itu, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut di lokasi kejadian manakala guru serta rakannya yang lain mengalami kecederaan.
Katanya, siasatan mendapati kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Guar Petai menuju ke Sungai Dua.
“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan,” katanya.
Luahan kenalan mangsa kemalangan mndatangkan perasaan sebak dikalangan netizen :
Mendapat khabar duka hari ini..dulu , masa saya masih belajar di madrasah , Allah ambil anaknya yang ke3..
Pagi ini Allah ambil pula anaknya yang kedua ( baru selesai syahadah ) .. Anak ke4 sedang nazak .. Accident dalam perjalanan pulang bercuti dari madrasah ..
Allah..Allah..semoga Allah beri ketabahan buat Ustazah Hanifah dan Ustaz Sufian ..
Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber HM dan Media Sosial