Semasa

Bapa Durjana, Lelaki Didakwa Rgšš˜l Anaknya Sendiri Hingga SššŠwan & Mninggal Dunia

Seorang lelaki di Bandar Semarang ditahan polis keranaĀ merogolĀ anak kandungnya sendiri yang berusia 8 tahun hingga sawan dan meninggal dunia.

Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak itu meninggal dunia selepas dipaksa melayan nafsu bapanya, lapor Kumparan News.

Timbalan Ketua Polis Semarang, AKBP IGA Dwi Perbawa Nugraha berkata, kejadian itu berlaku pada hari Jumaat, 18 Mac yang lalu.

Ibu bapa mangsa sudah bercerai

Ketika itu, mangsa telah disuruh ibunya untuk ke rumah sewa suspek di kawasan Tlogosari, Pedurungan.

Difahamkan, suspek dan ibu mangsa telah bercerai sejak 5 tahun lalu. Namun, mangsa dan suspek selalu berjumpa.

Mangsa mengalami sawan

Mangsa sebenarnya telah cuba menolak dan menghalang tindakan bapa kandungnya itu. Namun, suspek dengan kejam meneruskan perbuatannya itu sehingga mangsa mengalami sawan.

ā€œMemang pada hari itu suspek melakukan persetubuhan. Mangsa mengalami sawan selama sejam dua.

Kemudian, mangsa dibawa ke klinik dan pihak klinik telah meminta untuk membawanya ke hospital. Pada saat itu, mangsa telah dilaporkan meninggal dunia,ā€ jelasnya.

Cuba menutup perbuatan kejinya

Bagi merahsiakan perbuatan kejinya itu, suspek telah meminta kebenaran ibu mangsa untuk membawa anaknya ke hospital dengan menggunakan alasan anaknya itu sakit.

ā€œSebelum itu, suspek membawa mangsa ke rumah ibunya untuk dibawa ke hospital. Ibu mangsa memeriksa keadaan mangsa dan kemudian membenarkan anaknya dibawa ke hospital.

ā€œMangsa dibawa ke hospital menaiki motosikal dengan seorang saksi,ā€ katanya lagi.

Mangsa akhirnya dikebumikan pada hari Sabtu, 19 Mac 2022 lalu.

Bagaimanapun, polis menerima laporan bahawa kematian mangsa adalah tidak wajar kerana terdapat luka di bahagian kemaluan dan dubur mangsa. Pihak polis memutuskan untuk melakukan bedah siasat mayat mangsa pada hari yang sama.

Ekoran dari itu, suspek telah mengakui segala perbuatan kejinya termasuk merogol mangsa sebanyak 3 kali kerana ketagih menonton filem lucah.

Suspek kini berdepan hukuman penjara 15 tahun. Bagaimanapun, pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa suspek bakal dikenakan hukuman tambahan.

PERHATIAN: PihakĀ KAMIĀ tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ KAMIĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Siakap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *