Semasa

Mayat lbrahim Suhaimi Ditemukan Selepas Lebih 48 Jam Hilang Jatuh Dari Jambatan

BERA – Seorang lelaki berusia 28 tahun dari Felda Triang 1 di sini dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Pahang dari Jambatan Guai kelmarin tidak menunjukkan sebarang sikap pelik sebelum kejadian.

Bapa mangsa, Jamaludin Awang Hassan, 59, berkata, mangsa hanya memaklumkan kepadanya melalui aplikasi WhatsApp agar mengambil kereta yang diletakkan di atas jambatan berkenaan.

    

“Dia langsung tidak menunjukkan sikap-sikap pelik. Malam sebelum kejadian, dia tolong saya uli tepung untuk buat roti canai sebagai persiapan berniaga keesokan harinya.

“Esoknya, dia ada mesej saya bagitahu hendak keluar rumah. Lebih kurang 45 minit lepas tu, dia mesej lagi cakap suruh ambil kereta dekat jambatan Kuala Triang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

           

“Pasukan skuba bomba turut melakukan pencarian dengan menyelam di tiga lokasi berbeza. Operasi SAR juga dilakukan tanpa henti di sepanjang 12 kilometer sehingga ke Kampung Kuala Bera,”ujarnya.

BERA – Mayat seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh daripada Jambatan Guai di sini Ahad lalu ditemukan lemas hari ini.

  

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa ditemukan pada pukul 4.15 petang oleh pasukan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa ditemukan terapung dengan kaki kanan tersangkut di pokok dekat Lubuk Kertau Chenor iaitu kira-kira 30 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

“Mayat mangsa yang masih berpakaian itu diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh,” katanya di sini hari ini.

Ahad lalu seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada Jambatan Guai ke dalam Sungai Pahang di sini.

Mangsa Mohd Ibrahim Suhaimi,28, dipercayai datang ke jambatan berkenaan menaiki sebuah kereta kira-kira pukul 4 petang sebelum terjatuh ke dalam Sungai Pahang.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *