Semasa

“Kami Berharap Ada ‘Keajaiban’ Untuk ”Dia-(ADIK)” Kembali Sembuh Seperti Dulu

Seremban: “Kami perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada adik dan berharap ada ‘keajaiban’ untuk dia sembuh walaupun peluang itu seakan tipis,” kata Nurfazlin Mashor, 34.

Adik Nurfazlin, Fendy Mashor, 20, kini terlantar selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Palong 12, Jempol, dari Johor pada Januari lalu.

Dalam kemalangan itu, Fendy yang menunggang Yamaha 135LC dipercayai hilang kawalan di Lebuhraya Utara-Selatan Kulaijaya, Johor sebelum tercampak dibahu jalan menyebabkan dia parah di kepala.

“Kami berharap ada ‘keajaiban’ untuk dia kembali sembuh, bagaimanapun kami sekeluarga reda sekiranya Allah takdirkan adik begini sehingga akhir hayatnya.

“Apa pun keadaannya, kami tetap menjaganya walau dalam apa keadaan sekalipun kerana dia darah daging kami,” katanya.

Katanya, Fendy akan menjalani pemeriksaan kesihatan 21 Mac ini sebelum menjalani pembedahan bagi memasukkan semula tempurung kepala sekiranya keadaan kesihatannya stabil.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga Fendy boleh menghubungi Nurfazlin di talian 017-2249176.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *