Kadangkala ‘keberanian’ anak muda dalam membuat konten di media sosial boleh membuatkan orang di sekeliling sakit jantung.
Mana tidaknya, mereka seakan sengaja mencari publisiti murahan demi memastikan konten mereka di media sosial ditonton ribuan orang.
TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI
Ada sesetengah daripada mereka memilih mempermalukan diri sendiri dan setelah video tersebut viral, senang-senang sahaja menuduh netizen membuat fitnah kepada mereka.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok yang sanggup mengaku dirinya hamil sewaktu masih bersekolah sambil menyertakan sekali gambar imbasan ultrabunyi yang menunjukkan perkembangan janin dalam kandungan.
Walau bagaimanapun, setelah video tersebut tular dan mendapat pelbagai komen daripada netizen, dia telah membuat klarifikasi di ruangan TikTok dengan menyatakan yang itu semua adalah konten semata-mata.
Dia juga menjelaskan masih belum berkahwin dan sudah lama meninggalkan alam persekolahan.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Sumber: TikTok @aprilniaqilah