KISAH seorang wanita yang terpaksa memakai plastik merah di kepala sebagai pengganti kepada tudung menjadi jenaka warga maya..
Foto serta kisah lucu wanita dikenali sebagai Ija Zaza itu mula menjadi tular setelah ia dikongsi di Twitter oleh rakannya.
Mesra disapa Jai, wanita berusia 28 tahun itu berkata, kejadian berkenaan berlaku beberapa hari lalu sewaktu dia mahu bertemu pelanggannya.
“Sumpah cakap dia pakai plastik nampak lawa lagi. Kalau aku, macam perempuan meroyan dah” NETIZEN
Menurut anak kelahiran Kuala Selangor itu, dia juga tidak menyangka foto berkenaan yang dihantar kepada rakannya akan menjadi tular.
Malah, dia juga langsung tidak memiliki akaun Twitter sebelum ini.
“Saya tak sangka akan viral. Sebab Twitter pun tak ada. Ada juga yang kecam sebab tudung plastik tu tak tutup dada,” katanya lagi..
Tambah Jai yang menjual produk berasaskan kereta itu, dia juga tidak kisah foto miliknya menjadi jenaka sehingga menghiburkan ramai pengguna Twitter.
Sehingga kini, perkongsian foto berkenaan menerima lebih 18,800 ulang kicau (Retweet) di Twitter.
Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya terkejut dan terhibur dengan kreativiti Jai menggantikan tudung dengan plastik dalam keadaan yang terdesak.
“Sekurang-kurangnya dia ada effort nak tutup aurat.
“Pakai plastik pun jadi and lawa je.
“Tak kisahlah pakai beg plastik pon… Paling penting, pakai tudung.
Ada bakat jadi usahawati ni… Pandai cipta design baru dan menarik. Dia tak nak pattern kan hasil ciptaan tu ke?
“Sumpah cakap dia pakai plastik nampak lawa lagi. Kalau aku, macam perempuan meroyan dah,” komen beberapa netizen.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
sumber: Mstar