Semasa

” Pencarum KWSP Wajar Dapat Khidmat Nasihat Kewangan Sebelum Keluarkan Simpanan

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Sebelum membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pencarum perlu mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada mana-mana agensi berkaitan.

Penganalisis ekonomi dari Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata ini penting, bagi memastikan golongan itu membuat keputusan sewajarnya terutama tidak menjejaskan simpanan hari tua mereka.

“Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 menunjukkan tanda prihatin terhadap isu yang melanda rakyat, terutama melibatkan pencarum KWSP.

“Justeru kerajaan perlu melihat perkara ini dengan lebih terperinci, termasuk menyediakan khidmat nasihat sama ada secara formal atau pun tidak formal, termasuk memberi khidmat kaunseling kepada pencarum, bergantung kepada keperluan mereka,” katanya.

Bagi pekerja swasta Mariam Abdul Rahman, 38, ‘khabar gembira’ itu telah lama dinantikan bagi menjelaskan tunggakan pinjaman perumahan, yang gagal dijelaskan akibat kekangan kewangan.

“Tambah menyukarkan, suami juga kehilangan pekerjaan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), selain nama disenarai hitam,” katanya.

Pengumuman itu turut mendapat reaksi positif orang ramai yang membanjiri ruangan komen Facebook Perdana Menteri, dengan ucapan syukur dan terima kasih.

Pengguna Facebook dengan nama akaun Hasni Abd Ghani, menzahirkan rasa lega dengan kebenaran itu yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesusahan dan keperitan hidup mereka yang terkesan.

“Moga langkah ini memberikan nafas baharu bagi mereka yang betul-betul kesempitan untuk menempuhi kehidupan seterusnya,” katanya.

Monica Leong Peik See pula menyatakan “Akhirnya ia dibenarkan! Syukur pada Tuhan.”

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *