Semasa

Pernah Merajuk Sehinga Meletak Jawtan Sebgai Guru, Mengejutkan Ini Yang Berlaku Kepda CPG Sekarang

Kecoh di media sosial akhir bulan lepas apabila Cik Puan Gojes (CPG) dikatakan merajuk dan nekad untuk meletak jawatannya sebagai seorang guru.

Beliau juga dikatakan telah sempat menghantar surat letak jawatan sebelum membawa diri ke Turki bersama keluarganya setelah pasrah dengan tekanan dan desakan yang dialaminya selama ini.

Netizen turut berasa cemas dan simpati dengan nasib beliau lebih-lebih lagi anak-anak muridnya yang menangis dan juga bersedih dengan berita mengejutkan tersebut.

Bagaikan saspens menunggu Musim Kedua untuk rancangan drama Melayu di TV, segala teka-teki mengenai pengunduran cikgu kesayangan tersebut akhirnya terjawab pada hari pertama persekolahan yang bermula semalam.

“CPG kembali guys! Beliau tak jadi letak jawatan pun. Pergi Turki hari tu pun untuk bercuti bersama keluarga dan meraikan kumpulan ejen jualan produknya sahaja. Tak merajuk pun.”

                

Berita ini pastinya menggembirakan penyokong-penyokongnya dan pasti kurang enak didengar oleh ‘musuh-musuh’nya, kan?

Dalam satu hantaran foto yang dibuat di Facebooknya, CPG dengan gaya manja beserta dengan simbol ‘peace’ telah memberi kapsyen berikut:

“Maaf sis masih di sini.. cikgu balik sekolah dah aiii.. cantik bangunan belakang… nanti cikgu spam gambar hari ni naCOMEY2 sambut budak mai sekolah.

“Mesti ramai tunggu kan.. cikgu masih cikgu atau tidak.. by today it YESSSS”, jelas CPG.

Maka dengan itu, berakhirlah ura-ura yang mengatakan beliau telah meletak jawatan sebagai seorang guru di sekolah tersebut.

Di ruangan komen, CPG turut sempat memberikan penjelasan berikut:

“Memang ambil keputusan berhenti sebelum cuti. Tapi guru besar tak mau bagi.. kawan-kawan tak bagi.. PPD tak bagi.. saya cuba lagi naa.. doakan saya kuattt”, tambah CPG lagi.

Hantaran beliau tersebut turut disambut baik oleh murid-murid, peminat-peminat dan rakan seperjuangan beliau dan setakat ini telah mendapat 22 ribu Likes!

Ribuan komen turut membanjiri hantaran beliau berikut dan rata-ratanya banyak mengirimkan kata-kata semangat serta sokongan buat CPG.

Sebelum ini, CPG mencetuskan fenomena apabila kisahnya membantu murid-murid miskin telah mendapat kritikan dan teguran dari pihak yang disifatkannya sebagai ‘musuh’ untuk menjatuhkannya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber & kredit foto: Facebook Cik Puan Gojes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *