Semasa

Badan Tak “Balance” Selalu Nak Jatuh, Ibu Sebak Anak Disahkan Hidap ‘Adrenaleukodystrophy’, Mungkin Lumpuh Sepenuhnya

Hanya Tuhan sahaja yang tahu keperitan hidup yang terpaksa dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila putera sulung mereka, Iman lumpuh seluruh akibat penyakit saraf, Adrenaleukodystrophy.

TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI

Memang pahit untuk ditelan dengan semua yang terjadi, namun kekuatan sahajalah yang memberikan semangat kepada anak tercinta mereka untuk terus berjuang melawan penyakit.

Selepas daripada itu, mereka membawa anak kesayangan ke sebuah hospital di Temerloh untuk pemeriksaan lanjut sehinggakan doktor mengesahkan penyakit sebenar anaknya itu.

Sebelum doktor buat MRI, tanda-tanda dia nak sakit tu, dia sering nak terjatuh, badan tak balance dan otak dia macam tak fokus.

Sungguh pilu, apabila doktor memberitahu penyakit anaknya tidak ada ubat tetapi pemeriksaan susulan tetap diteruskan di bahagian Neuro dan Genetik di Hospital Kuala Lumpur.

Boleh Rosakkan Semua Sistem Badan

“Doktor kata sakit tu tak ade ubat dan akan rosakkan semua sistem badan… Dia akan lumpuh sepenuhnya n dia akan buta juga”

Sekarang Iman memang tak boleh jalan atau bangun langsung. Duduk pun tak boleh, perlukan sokongan dari saya dan suami. 100% perlukan sokongan dia, tak boleh buat apa-ape. Bercakap pun dia dah makin slow. Nak menelan pun dah tak boleh. Rasa macam terlalu cepat kesan sakit tu bertindak.

Kos rawatan yang semakin meningkat, tetapi dengan kekuatan serta semangat daripada ibu dan ayah untuk melihat anak mereka kembali sihat ia merupakan perkara kedua. Paling utama adalah untuk melihat anaknya kembali sihat seperti kanak-kanak biasa.

“Harap Allah bagi petunjuk rawatan mana yang dapat menyembuhkn dia kembali…”

Selain daripada rawatan hospital, mereka juga berikhtiar dengan rawatan yang lain. Harapan hanya satu, untuk sembuhkan anak tercinta mereka.

Sungguh meruntun hati semua pembaca yang melihat rakaman video adik Iman ini sangat cekal dan kuat melawan penyakitnya itu. Rata-rata orang ramai turut mendoakan segala urusan adik Iman dipermudahkan dan sihat seperti sedia kala.

KOMEN DARI NETIZEN :

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sumber: Nisaa hazwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *