Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Tuan Amir Danau meluahkan rasa kesal terhadap seorang pemandu van sekolah yang didakwa mencabuI anak perempuannya.
TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI
Kisahnya bermula apabila anak perempuannya mengadu kepada si ibu dan meminta supaya abangnya menghantar dia ke sekolah.
“Mula-mula dia duduk belakang. Lepas tu driver ni suruh duduk depan.
First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi.
Esok tu dia start lain, dia start pegang tangan. Dia gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku.
Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.
Dia bagi keychain ada nombor whatsapp dia. Dia kata nanti add lah.
Siap bagi air kotak. Dia janji esoknya nak bagi coklat cadbury pulak.”
Sekadar gambar hiasan
Berang dengan aduan tersebut, lelaki ini bertindak berjumpa dengan pemandu van tersebut bagi mendapatkan penjelasan atas apa yang menimpa anaknya.
“Malam tu jugak aku call sorang lagi driver ni yang kenalkan driver sorang ni ke kitorang.
Aku tanya pasal perangai driver ni, dia cakap dulu pun memang ada kes juga. Dengan ibu pada budak sekolah ni.
Dia whatsapp melebih-lebih. Dengan bini aku pun dia siap suruh video call bagai.”
Susulan daripada itu, lelaki ini telah membuat laporan polis dan sempat memberikan peringatan kepada ibu bapa di luar sana supaya anak mereka tidak menjadi mangsa keganasan seksval.
Polis sudah menahan seorang pemandu van sekolah yang disyaki mencabul murid perempuan tahun lima ketika mangsa menaiki kenderaan tersebut untuk ke sekolah, Isnin lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pemandu lelaki yang berusia 41 tahun itu ditahan di Jalan Persiaran Utama, Seremban 2, petang tadi.
“Berdasarkan laporan daripada seorang wanita berusia 40 tahun berkaitan kes cabul ke atas seorang murid perempuan, polis menahan seorang pemandu bas lelaki, hari ini.
“Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku dalam kes yang disiasat itu. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.
Pagi tadi, bapa mangsa berkongsi dua video di laman Facebook memaparkan dia bertemu dengan suspek bagi bertanya mengenai kelakuan melampau itu kerana dipercayai hilang sabar dengan kejadian menimpa anaknya.
“Dia cakap anak aku ni comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi. Esok tu dia start lain, dia start pegang tangan. Dia gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku.
“Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu,” tulis bapa mangsa.
Difahamkan, mangsa mengadu kepada ibunya mengenai sikap pemandu van yang ‘mencurigakan’ sebelum bapanya nekad untuk bertemu dengan suspek.
Bagaimanapun, pemandu itu tidak mengaku melakukan perbuatan gangguan seksual sebelum bapa mangsa bertindak menumbuk di bahagian perut.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Tonton Video Penuh : Tuan Amir Danau
Ramas Tangan & Raba Peha, Pemandu Sekolah Disyaki Cabul Murid Sekolah Ditahan.. pic.twitter.com/CCd9WFk9xn
— video rendom (@NEhlart) March 30, 2022
Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi) , Facebook Tuan Amir Danau