Semasa

“Baru ’11 Tahun’ Dah Boleh Diharapkn, Mandikan Bayi Baru ‘Lahir’, Masak Dan Jaga Ibunya Berpantang

MEMILIKI anak yang pintar merupakan satu anugerah tapi memiliki anak yang ringan tulang dan rajin membantu adalah satu kelebihan kepada ibu.

TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI

Ini kerana, di usia kanak-kanak, pastinya mereka ingin menghabiskan masa bersama rakan-rakan mahupun bermain permainan video sehingga sukar jika si ibu meminta bantuan.

Tampil berbeza, anak lelaki bagi pasangan Siti Fauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, mampu melakukan kerja-kerja rumah termasuk memasak walaupun baru berusia lapan tahun.

“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya.

Hafiy tidak kekok menjaga adiknya yang baru dilahirkan.

Hafiy tidak kekok menjaga adiknya yang baru dilahirkan.

“Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.

“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.

“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.

“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun.

Siti Fauziah bersama suami dan anak-anaknya.

Siti Fauziah bersama suami dan anak-anaknya.

“Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.

“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.

Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap william sindrom.

“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.

“Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *