GADIS ini sama seperti remaja lain, namun ada sesuatu yang membuatkan dirinya unik.
Mungkin bagi sesetengah individu, mempunyai tanda lahir yang agak ketara pada wajah dianggap ‘menc4catkan’ penampilan tetapi berbeza dengan remaja yang mahu dikenali sebagai Anis ini.
TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI
G4dis berusia 16 tahun ini agak aktif berkongsi video mengenai diri dan aktivitinya bersama rakan-rakan di media sosial, di mana ia sebagai salah satu cara untuk memupuk keberanian berdepan dengan khalayak.
Tambah Anis yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik, hanya dia seorang dalam keluarganya yang mempunyai ciri unik tersebut.
Tidak terkecuali menjadi m4ngsa us1kan kerana tanda lahir pada wajahnya, Anis berkata dia lebih suka mengambil pendekatan untuk bersikap positif.
Anis berkata dia lebih suka mengambil pendekatan untuk bersikap positif.
“Masa tadika, saya baru nak berkawan. Ada juga rasa malu nak jumpa kawan-kawan takut ada yang pelik. Tapi bila dah lama-lama, just be yourself.
Takkanlah Setiap Kali Nak Buat Content, Saya Kena Conteng. Mustahil Orang Nak Conteng Mukanya Macam Tu. ANIS
“Tapi ada juga komen ‘yang puji ni mesti perli’. Saya cuma abaikan dan ambil mana yang positif sahaja. Ada juga yang komen ‘ini filter ke?’. Ada juga yang komen ‘conteng muka ke?’.
“Saya pun dah penat nak jawab. Takkanlah setiap kali nak buat content, saya kena conteng. Mustahil orang nak conteng mukanya macam tu,” katanya lagi.
Mahu menyebarkan mesej positif terutama kepada mereka yang kurang mempunyai keyakinan diri menerusi perkongsiannya, Anis berkata adalah penting untuk setiap individu bersyukur dengan kurniaan Tuhan.
Anis merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik.
“Kalau kita tak positif, persekitaran pun tak positif, semua yang kita nampak akan jadi negatif dan dorong untuk berfikir ‘kenapa aku tak cukup, kenapa aku tak lawa atau handsome macam dia?’.
“Semua ni akan attack kita dan terus overthinking. Letak mindset yang kita dah sempurna, elok, cantik. Ada orang di luar sana yang tak cukup sifat dan ada masalah lain yang lebih teruk dari kita.
“Jadi kita bersyukur dengan apa yang ada. Saya seorang peminat Kpop, dan muzik Kpop ni adakalanya pupuk sifat untuk sayangi diri sendiri.
“Dari situ saya belajar sayangi diri dan menerima kekurangan diri,” katanya lagi.
KOMEN NETIZEN :
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
— video rendom (@NEhlart) February 22, 2022
Sumber: Mstar