Semasa

VIDEO”- Nak Memondan Pun Tiada Siapa Kacau” – Show Off Bayar Cukai, Sajat Bahagia Rasa Disayangi Di Australia

TIDAK sesekali pujuk Sajat pulang ke Malaysia. Demikian pendirian ibu kepada usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat tentang anaknya itu yang kini memulakan kehidupan baharu di Australia.

RAKAMAN VIDEO INTERVIEW IBU SAJAT ADA DI BAWAH SEKALI

Ujar Maimon Omar, 66, dia lebih rela Sajat kekal berada di sana kerana bimbang bakal berdepan tindakan undang-undang seandainya anaknya pulang ke negara ini.

“Tak… memang saya tak pujuk dia balik. Saya tahu risiko dia. Saya tak nak pujuk, biar dia buat (urus) sendiri hal dia.

Sementara itu ditanya tentang kecaman yang dilemparkan banyak pihak terhadap Sajat dan keluarganya, Maimon bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu memikirkan tentang hal berkenaan.

Jelasnya, sebagai ibu dia lebih tahu tentang apa yang berlaku terhadap Sajat.

“Saya tak kisah, apa mereka kata… lantaklah. Tapi saya tahu apa dia (Sajat) buat tu untuk kebaikan diri dia.

“Kita jangan pedulikan orang, pedulikan diri kita saja. Orang nak kata apa pun kata la. Tak kisah… yang kita tahu sekarang ni buat benda yang betul.

“Tak mengapa, orang yang kata tu mereka yang akan tanggung. Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah.. saya tahu apa dia buat,” katanya.

Untuk rekod, Sajat kini menetap di Australia sejak Oktober tahun lalu selepas melarikan diri kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Dia dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

Sajat kemudian menghilang dan dikesan melarikan diri ke Thailand, namun pada 8 September lalu, dia ditahan pihak imigresen negara itu kerana memiliki pasport tidak sah.

Ketika ditahan, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.

Show Off Bayar Cukai, Sajat Bahagia Rasa Disayangi Di Australia

Umum mengetahui, usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kini memulakan kehidupan baru di Australia.

Malah, Sajat juga turut berkongsikan bahawa dirinya sangat bahagia di negara itu kerana sudah bebas dan boleh menjadi diri sendiri.

Baru-baru ini Sajat ada memuat naik satu perkongsian di Insta Story dimana dia membayar cukai dan sudah layak membuat pinjaman sebanyak $500,000 (RM1,501,291) untuk perniagaannya.

“Bayar tax uols, cukup 6 bulan I dah boleh buat pinjaman $500,000 untuk bisnes. Tak I bayar sebanyak 34% uols. Rasa rasa berapa banyaklah sale I kan!!” tulisnya.

Dalam pada itu, Sajat turut meluahkan rasa bahagia kerana disayangi di negara itu serta bebas melakukan apa sahaja dan tidak diganggu oleh sesiapa.

“Yang penting negara ini terima I, sayang I. I nak memondan hari-hari pun, mereka tak kacau. I love you Australia,” tulisnya.

Terdahulu, ibu Sajat berkata dia tidak akan sesekali memujuk Sajat untuk pulang kerana bimbang bakal berdepan tindakan undang-undang jika balik ke Malaysia.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber : Ms

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *