Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai keretakan rumah tangga penyanyi terkenal negara seberang iaitu Mawar Dhimas Febra dan bekas suaminya, Steno Ricardo dipercayai angkara orang ketiga.
Memetik laporan media tempatan, Mawar Dhimas Febra sudah mendirikan rumah tangga bersama Steno Ricardo hampir 10 tahun. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Namun jodoh Mawar dan Steno tidak panjang dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Tidak sampai sebulan, tiba-tiba semalam viral di media sosial beberapa foto perkahwinan Steno bersama bekas pengasuh anaknya, Susi.
Difahamkan, Steno dan Susi baru mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2022 yang lalu. Lantaran daripada isu viral itu, Steno Ricardo akhirnya tampil menafikan dakwaan tersebut.
Dakwa Steno lagi, keretakan rumah tangga bersama Mawar bukanlah disebabkan isu perselingkuhan ataupun orang ketiga.
Malah penceraian itu juga sudah dipersetujui Mawar sejak dari November 2021 lagi.
Dia dan saya telah menandatangani perjanjian bertulis yang mengatur akibat-akibat penceraian dan berkenaan dengan penjagaan anak.
Menjengah ke ruang komen rata-raya netizen meluahkan perasaan kecewa terhadap lelaki tersebut yang dianggap tidak bersyukur mempuanya isteri yang sudah cukup cantik.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Suara.com, Tribunnews, Kapanlagi