Semasa

PENCERAIAN” -Tak Salah Pun Tanggung Anak Tiri, Tapi Pastikan Nafkah Anak Kandung Cukup

Apabila timbulnya isu perceraian, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah kebajikan anak-anak. Sebagai seorang ayah, tanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada anak kandung sama sekali tidak boleh diabaikan.

Gambar Hiasan

Meskipun sudah bercerai dan mempunyai anak tiri daripada isteri baharu, seorang ayah itu harus sentiasa memastikan bahawa nafkah anak kandungnya mencukupi mengikut keperluan.

Seorang peguam Syariah, Puan Farah Diyana tampil berkongsi mengenai perkara ini sebagai panduan. Padat dan berilmu, semoga bermanfaat untuk semua.

NAFKAH ANAK KANDUNG | ANAK TIRI

Nafkah terhadap anak adalah menjadi kewajipan terhadap bapa kandungnya. Meskipun anak tersebut berada di bawah jagaan ibu atau yang lain.

Jika seorang lelaki telah berkahwin baru dengan janda atau balu yang mempunyai anak, tidak menjadi kewajipan untuk seorang lelaki itu menanggung nafkah anak-anak tersebut. Tanggungjawab menanggung nafkah anak-anak tiri adalah kepada bapa kandungnya.

Nafkah Anak Adalah Meliputi:-

1 – makanan

2- pakaian

3 – tempat tinggal

4 – perubatan

5 – pendidikan

Adakah kelima-lima nafkah tersebut dipenuhi atau sekadar memberikan RM200 kemudian pandai-pandai lah si isteri / bekas isteri untuk mencukupkan keperluan lain? Sedangkan kita mempunyai lebihan pendapatan. Jika begitu, belum sempurna nafkah tersebut.

Gambar hiasan

Jika kelima-lima tersebut telah pun disempurnakan untuk isteri dan anak kandung, lebihan harta tersebut boleh diagihkan kepada orang di bawah tanggungan yg lain iaitu:-

1 – Bapa

2 – Ibu

3 – Cucu

4 – Datuk

5 – Saudara terdekat

6 – Ahli keluarga berikutnya

Jika sempurna semuanya dan ada lebihan pendapatan, baru lah boleh diserah atau dihadiahkan kepada yang layak.

Datuk, bapa saudara dan ahli keluarga bapa yang lain mestilah cakna jika ada cucu, anak saudara yang tidak diberikan haknya atau kematian bapa. Ambil kembali tanggungjawab masing-masing.

Anak yang diberikan Allah adalah amanah untuk diri kita dan kewajipan menanggung nafkah ialah suatu perkara yang akan disoal Allah di akhirat kelak. Sama-sama kita perbaiki mana-mana bahagian yang kurang.

Wallahualam..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Facebook Peguam Syarie Farah Diana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *