BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Baru-baru ini tular video mengenai ibu tunggal, Nur Haslinda Shahira Mohd Hashim, 21, yang terp4ksa membawa anaknya yang baru berusia sembilan bulan ke tempat kerja.
TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI
Menurut wanita itu yang bekerja syif malam di sebuah kedai serbaneka di Port Dickson, Negeri Sembilan ini, apa yang berlaku pada hari itu menyebabkan dia terp4ksa membawa anaknya ke tempat kerja.
“Saya kerja di 7-Eleven, nak ambil upah pengasuh tidak mampu. Mak ayah jual kuih, mereka hantar bekalan ke kedai-kedai makan saja tak ada kerja tetap jadi biasanya saya minta mereka tolong jaga anak saya.
Haslinda selalu bekerja syif malam di kedai serbaneka
Tak sangka ramai lagi yang mengalami nasib sama dengan saya.
HASLINDA
Kata anak kedua daripada enam beradik ini, walau sesukar mana sekali pun dia tetap akan menjaga anaknya walaupun terp4ksa menanggung beb4n dalam membesarkan bayi lelakinya itu.
Menurut Haslinda, selepas berc3rai dia memutuskan untuk berusaha mencari rezeki sendiri dan mula bekerja di kedai serbaneka berkenaan tetapi hanya bertahan selama tiga bulan.
“Memang tidak dinafikan jadi single mom ni susah. Kos perbelanjaan bila ada anak pun besar. Tapi saat tengok wajah anak masa tidur, hati jadi sayu.
“Saya tak akan putus asa demi masa depan anak. Selagi mampu, saya akan terus mencari rezeki,” jelasnya yang kini menetap bersama keluarganya di Port Dickson dan turut membantu ibunya berniaga kuih.
Haslinda merupakan ibu tunggal yang tinggal bersama ibu bapanya.
Menceritakan mengenai insiden ketika bekerja di kedai serbaneka itu, jelas wanita yang berasal dari Sendayan, Negeri Sembilan ini, dia menaiki motosikal sambil membawa anaknya untuk ke tempat kerja yang terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah.
Tambah Haslinda lagi, perkongsian video di TikTok itu hanya untuk simpanan peribadi namun tidak menyangka akan mendapat perhatian apabila ramai netizen yang mendoakan dirinya.
“Lepas saya post video di TikTok, tak sangka ramai lagi yang senasib dengan saya.
Anak Haslinda yang baru berusia 9 bulan.
“Ada juga yang minta tip macam mana boleh jaga anak sebab dalam video saya post tu anak tak meragam, dia tidur elok je,” katanya yang kini mencari pekerjaan baharu di kawasan Bandar Sri Sendayan, yang lebih dekat dengan rumah keluarganya.
Walaupun kini terpaksa mulakan kehidupan baharu, dia tetap bersemangat setelah menerima banyak kata-kata positif daripada orang di sekelilingnya.
Komen netizen:
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
View this post on Instagram
Sumber: Mstar