KUALA LUMPUR: Ketika sebilangan rakan sebaya sedang Ieka bermain dengan cucu, penghibur terkenal, Datuk Jamal Abdillah pula terus dimurahkan rezeki cahaya mata.
TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI
Pada tarikh istimewa 22.02.2022 ini, penyanyi berusia 63 tahun itu, meraikan kehadiran cahaya mata kelima, Iskandar Rayyan Yamani dengan berat 2.84 kilogram.
Iskandar dilahirkan oleh isteri Jamal, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, secara pembe dahan di sebuah hspital swasta di Shah Alam pada jam 2.27 petang Selasa.
Kata Jamal juga, dalam keadaan sekarang, beliau memiliki sepenuhnya masa untuk dikongsi dengan keluarga.
“Tumpuan dan keselesaan masa saya kini lebih banyak tertumpu pada keluarga. Saya gembira dan sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah hadirkan pada saya dan isteri,” ujar Jamal lagi.
Ditanya mengenai tarikh kelahiran ahli keluarga baharunya itui, Jamal mengakui, beliau dan isteri sengaja memilih untuk menyambut kehadiran Iskandar hari ini.
Kata Jamal, ia sebagai meneruskan tradisi anak ketiga dan keempatnya sebelum ini iaitu Nur Azura Yamani yang lahir pada 10.10.2019 sementara El Isaac Yamani pula pada 11.11.2020.
Jamal juga secara peribadi berkata, beliau sememangnya mahu memiliki anak yang ramai dan hasrat itu sudah disuarakan pada isterinya.
“Isteri saya beri ‘lampu hijau’ untuk tambah anak, tapi dengan syarat biarlah berjarak, jngan rapat sangat,” kata Jamal lagi.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
View this post on Instagram
Sumber: awani Via Dato’ Jamal abdillah