Semasa

VIDEO”- Sebelum ‘Kubur’ Di Pindakan, Anak Vanessa Angel Dibawa Ziarah Demi Kenangan Terakhir

Walaupun dibantah ramai pihak, namun ayah Vanessa Angel iaitu Doddy Sudrajat tetap bertegas mahu pindahkan kubur anaknya.

TONTON RAKAMAN VIDOE ADA DIBAWAH SEKALI

Terdahulu, jasad selebriti Indonesia itu dikebumikan 1 liang lahad bersama Allahyarham suaminya selepas terkorban dalam nahas jalan raya 4 November 2021.

Pak Doddy pernah memberi alasan, kononnya dapat ‘mimpi’ Vanessa Angel mahu dimakam bersama Allahyarhamah ibunya yang berada di suatu daerah lain.

 

Sebelum Pindah Kubur, Anak Vanessa Angel Dibawa Ziarah Demi Kenangan Terakhir

Meskipun sudah dipujuk, namun Pak Doddy tetap nekad realisasikan mimpi tersebut. Disebabkan itu besannya, Haji Faisal berhasrat untuk berikan kenangan manis kepada si cucu iaitu Gala Sky dengan melawat kubur ibu dan bapanya buat kali terakhir sebelum ‘dipisahkan’.

MAMMY / PAPI , GALA DATANG INI

Sebelum Pindah Kubur, Anak Vanessa Angel Dibawa Ziarah Demi Kenangan Terakhir

Menerusi beberapa perkongsian video, anak yatim berusia setahun setengah itu dirakam sempat menyiram air dan taburkan bunga di atas pusara kedua-dua orang tuanya.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama Gala Sky datang ke pusara ibu bapanya sejak peristiwa menyayat hati tahun lepas.

Biarpun belum mengerti sepenuhnya apa yang telah berlaku, namun si cilik tersebut dilihat langsung tidak meragam sepanjang berada di sana.

Haji Faisal turut berharap, sekurang-kurangnya detik ini boleh dijadikan sebagai memori bahawa ibu bapa cucunya pernah ‘berkongsi’ 1 liang lahad yang sama.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut hiba dan bersedih melihat ragam Gala Sky ziarah pusara kedua-dua ibu bapanya.

Justeru, mereka berharap Pak Doddy terbuka hati fikirkan perasaan cucunya dewasa kelak sekali gus batalkan niatnya.

KOMEN NETIZEN :

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Kredit : TikTok itsmeisn05 & Bekasi.pikiran-rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *