Semasa

Seorang Pemilik Kedai Berbangsa ‘CHINA’ Bina Surau,Buat Yang BerPuasa Di Bulan Ramadan

Pemilik Kedai Berbangsa Cina Bina Surau, Puasa Di Bulan Ramadan, Ini Kisah Di sebaliknya Yang Menyentuh Hati

SETIAP kali tiba waktu solat, kedai menjual permainan dan barangan bayi milik pasangan suami-isteri berbangsa Cina ini menjadi tumpuan tetapi bukan kerana hendak membeli barang sebaliknya menumpang solat.

Premis yang terletak di Pandan Kapital, Pandan Indah Kuala Lumpur itu menyediakan surau lelaki dan wanita lengkap dengan tempat mengambil wuduk bagi memudahkan pelanggan dan orang ramai yang berkunjung ke pusat beli-belah itu mengerjakan solat.

Pemilik kedai berbangsa Cina bina surau, puasa di bulan Ramadan... siapa sangka kisah di sebaliknya cukup menyentuh hati! - Figura | mStar

Pemilik kedai tersebut, Lee Chee Win dan Yong Siew Ching berkata, surau itu dibina sejak 13 tahun lalu yang pada awalnya untuk memudahkan pekerjanya menunaikan solat tanpa perlu keluar ke surau atau masjid yang jaraknya lebih jauh.

Tidak hanya ruang solat, pasangan ini turut membina tempat mengambil wuduk. “Saya juga sediakan kelengkapan solat seperti sejadah, kain pelikat dan telekung bagi memudahkan pengunjung,” ujarnya.

Meskipun negara sedang dilanda pandemik, Lee berkata, mereka tetap membuka surau itu namun menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak.

Malah orang ramai yang menggunakan surau itu juga patuh dengan SOP, malah akan beratur menunggu giliran selain membawa kelengkapan solat sendiri. Sementara itu,

Yong, 52, pula memberitahu dia tidak pernah berasa terganggu apabila kedainya sering didatangi orang ramai yang ingin menggunakan surau berkenaan setiap kali masuk waktu solat.

Sebaliknya menganggap hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama perlu saling bantu-membantu serta bertolak ansur agar semua dapat hidup dalam harmoni.

“Saya tidak pernah menganggap kedatangan mereka untuk solat sebagai mengganggu perniagaan kami. Jika ya, sejak awal kami tidak buka surau itu untuk kegunaan awam.

Apa kami lakukan ini adalah berasaskan rasa hormat dan ingin memudahkan orang beragama Islam menunaikan solat,” ujarnya.

Pemilik kedai berbangsa Cina bina surau, puasa di bulan Ramadan... siapa sangka kisah di sebaliknya cukup menyentuh hati! - Figura | mStar

Lee Chee Win dan Yong Siew Ching membuka perniagaan mereka di Pandan Kapital sejak tahun 2000

Di sebalik kisah surau itu, Yong berkata, dia sebenarnya cakna tentang agama Islam memandangkan dia mempunyai seorang anak angkat berbangsa Melayu dikenali sebagai Nik Aliza Abdullah yang kini berusia 37 tahun.

Yong berkata, dia mengambil wanita berasal dari Terengganu itu sebagai anak angkat sejak 20 tahun lalu memandangkan anaknya itu tinggal sebatang kara di Kuala Lumpur.

“Nik Aliza pernah bekerja dengan saya ketika dia mula-mula datang ke Kuala Lumpur. Orangnya sangat baik dan saya berasa kasihan apabila melihatnya hidup sebatang kara di bandar besar ini.

Pemilik kedai berbangsa Cina bina surau, puasa di bulan Ramadan... siapa sangka kisah di sebaliknya cukup menyentuh hati! - Figura | mStar

Pasangan ini menjual pelbagai barangan mainan kanak-kanak, permainan video dan barangan bayi

“Sejak itu saya mengambilnya sebagai anak angkat dan menjaganya sehingga dia kini sudah pun berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata,” katanya yang mempunyai tiga anak kandung.

Jelasnya lagi, sejak anak angkatnya itu hadir dalam hidup mereka sekeluarga, Nik Aliza banyak mengajarnya tentang agama Islam malahan mereka sekeluarga turut berpuasa setiap kali tiba bulan Ramadan.

Malah tiga anak Nik Aliza juga dijaga olehnya dan tidak pernah menganggap cucunya itu sebagai orang luar.

Pemilik kedai berbangsa Cina bina surau, puasa di bulan Ramadan... siapa sangka kisah di sebaliknya cukup menyentuh hati! - Figura | mStar

Bersama anak angkat mereka Nik Aliza

“Saya sayang mereka macam cucu sendiri malah mereka cukup rapat dengan kami sekeluarga… Ketiga-tiga mereka juga fasih berbahasa Mandarin dan Hakka. Tahun Baru Cina pun kami berkumpul bersama dan mereka cukup teruja dapat berjumpa dengan tiga lagi sepupu mereka yang lain.

“Saya tidak pernah melihat perbezaan agama atau kaum sebagai masalah sebaliknya kasih sayang dan hormat menghorm4ti sesama manusia itu jauh lebih penting,” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mediakini.bbn.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *