Semasa

Peningkatan Kes Lebih 7,000 Disebabkan Gelombang Omicron

Peningkatan kes lebih 7,000 disebabkan gelombang Omicron - Khairy

Justeru, beliau mengingatkan agar rakyat di negara ini tidak terlalu risau dengan situasi berkenaan – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Peningkatan kes harian COVID-19 sehingga lebih 7,000 kes hari ini berpunca daripada gelombang Omicron.Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan gelombang daripada varian tersebut tidak memberi kesan gejala yang teruk.

Justeru, beliau mengingatkan agar rakyat di negara ini tidak terlalu risau dengan situasi berkenaan.

“Tetapi jika dibandingkan dengan sebelum ini seperti Delta, gelombang ini tidak menyebabkan gejala yang seteruk mana, terutamanya apabila 99 peratus daripada penduduk dewasa sudahpun divaksinasi.

“Jadi kalau melihat kepada kemasukan hospital, dari segi kadar kematian.. ia masih rendah dan terkawal.

“Ini sebenarnya menjadi indikator data yang penting untuk kita, saya sentiasa menyatakan, ya sudah tentu kita risau jika kes terlalu tinggi.

“Tetapi kes boleh rendah sebab kebolehjangkitan Omicron adalah lagi tinggi dan kita sudah membenarkan beberapa kelonggaran untuk pulihkan ekonomi kita.

Katanya, KKM telah bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk pelindungan yang sewajarnya kepada pesakit-pesakit kanser.

“Kita akan terus memastikan bahawa pesakit-pesakit kanser dapat diberikan pelindungan termasuk dalam pemberian dos penggalak ataupun melalui pelbagai rawatan untuk COVID-19,” ujar beliau.

Tegas Khairy lagi, pelindungan kepada golongan paling tinggi risiko disifatkan penting untuk negara keluar daripada pandemik COVID-19.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 7,234 kes baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

SUMBER : Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *