Minggu ini, berlakunya lonjakan ketara jangkitan Covid-19 sehingga melebihi 22 ribu angka sehari di Malaysia.
TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI
Sehubungan itu selain pelitup muka, tak dinafikan kit ujian saringan wabak tersebut digunapakai secara meluas oleh masyarakat demi menjaga kesihatan serta keselamatan masing-masing.
Walau bagaimanapun, kesahihan keputusan kit saringan kendiri atau Rapid Antigen Test menggunakan sampel air liur kini mula dipersoalkan apabila tular sebuah video kontroversi hari ini.
Menerusi berdurasi satu minit 14 saat terbabit, seorang lelaki menguji sebuah kit ujian dengan halakan air paip sebagai pengganti.
Apa yang mengejutkan, keputusan ujian yang terhasil menandakan positif ekoran mempunyai dua garisan padanya.
Mengulas berhubung video spekulasi tersebut, pakar kesihatan Dr Hanafiah Bashirun berkata hanya kit saringan Covid-19 ‘original‘ saja dapat bertindak balas dengan sampel air liur yang diambil.
Justeru itu, orang awam diingatkan supaya periksa dan beli kit ujian kendiri yang diluluskan oleh KKM saja bagi mendapatkan keputusan tepat.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan bahawa terdapat lambakan kit ujian kendiri Covid-19 termasuklah jenis palsu dijual di pasaran sekarang.
Maka secara tidak langsung, penggunaan alat saringan yang kurang sesuai akan menyebabkan keputusan tidak jitu terhasil.
KOMEN NATIZEN :
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
— video rendom (@NEhlart) February 12, 2022
Kredit : TikTok bibiaqyaa_ & Harian Metro