Mummy ‘Jerung Merah’ Akhirnya Naik Pentas
“Squad Jerung Meroh ni boh”, sudah pasti ramai sekali yang cukup familiar dengan tagline ini terutamanya bagi pengguna-pengguna TikTok.
TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI
Malah tarian serta kemunculan sekumpulan usahawan dari Terengganu tersebut sering saja menjadi tumpuan dengan menampilkan gaya unik tersendiri.
Namun siapa sangka video yang viral berkenaan mengangkat ketua pasukan itu sehingga mampu bertanding juga di pentas ‘Big Stage 2022’.
Pada konsert pertama rancangan berkenaan, Sofia Marieylla yang berusia 24 tahun tersebut dengan bangga menyanyikan lagunya sendiri bertajuk ‘Akulah Jerung Merah’.
Meskipun tidak mempunyai background dalam bidang muzik sehebat peserta lain, namun wanita berkenaan dilihat dapat melakukan persembahan dengan cukup confident.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terkejut mendengar nyanyian Sofia yang layak dipuji meskipun tidak cukup sempurna.
Dalam pada itu, ramai yang bersetuju persembahannya juga dilihat jauh lebih baik daripada sesetengah peserta lain.
KOMEN NETIZEN :
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Kredit: TikTok ejamsepet, n.hudaa & YouTube Astro Gempak