Semasa

VIDEO”- Pagi Baru Saja Beli “Pregnancy” Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun.

TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI

Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka

Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun.

Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan.
petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan

Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan hasilnya ternyata positif.

Seterusnya, di sebelah petang wanita tersebut mula merasakan contraction dan akhirnya selamat melahirkan seorang bayi pada malamnya.

Aku sempat juga rasa nak terkencing pastu tak dapat tahan, rupanya tu air ketuban

Dalam pada itu, wanita tersebut sempat menjelaskan dirinya tidak sedar sedang mengandung kerana badannya memang sedikit berisi selain sudah terbiasa merasa lapar.

Dia juga tidak pernah terfikir untuk melakukan ujian kehamilan kerana kitaran haidnya selalu tidak normal serta sering kali kecewa dengan keputusan negatif sebelum ini.

KOMEN NETIZEN :

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

SUMBER : Face

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *