Semasa

Siap Boleh Main ‘Ping Pong’, Lelaki Ini Kongsi Suasana Masjid Di AS Buat Ramai Kagum

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masjid dianggap sebagai rumah Allah SWT yang perlu dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya. Ia memiliki peranan penting dalam sejarah perkembangan umat Islam.

Selain menjadi tempat untuk menunaikan solat, masjid juga sering dimanfaatkan untuk proses mengajar Al-quran dan berfungsi untuk mewujudkan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang pengguna Facebook, Saif Suhairi yang memaparkan suasana di sebuah masjid di Amerika Syarikat.

Menerusi perkongsiannya itu, kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain dengan bebas di dalam masjid sehingga mengejutkan seorang rakannya yang baru tiba dari Malaysia.

Gambar: Saif Suhairi

Bawa kawan baru datang dari malaysia tadi. Terkejut dia dalam masjid orang tua bagi budak budak main dalam masjid. Main nerf gun , ping pong dan sebagainya.

Paling budak-budak suka main PS4,” kata Saif.

Katanya lagi, rakannya itu juga terkejut bila melihat orang ramai di sana yang sudah tidak memakai pelitup muka.

Gambar: Saif Suhairi

Tapi yang dia paling terkejut bila tengok orang main rapat-rapat, ramai tak pakai mask dah termasuk solat saf rapat. Katanya dah dua tahun tak jumpa suasana macam ni,” katanya.

Ketika dihubungi SK, Saif memberitahu bahawa dia dan keluarganya telah tinggal di Newark, Delaware sejak tahun 2020.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warganet dan telah dikongsi oleh 2.4 ribu orang di Facebook. Rata-ratanya dilihat berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing.

KOMEN NETIZEN :

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Saif Suhairi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *