Semasa

Lelaki Nigeria Ditahan,, Sanggup Mekap Tebal, Menyamar Jadi Wanita ‘Arab’ Untuk Perdaya Imigresen

TIGA lelaki Nigeria ditahan kerana menyamar sebagai wanita Arab untuk memperdaya pihak Imigresen di Dubai, baru-baru ini.

Mereka bertiga tiba di lapangan terbang dengan memakai mekap tebal dan menggayakan tudung serta pakaian wanita.

Menurut stesen berita Afrika Selatan Kaya 959, ketiga-tiga mereka pergi ke Dubai untuk mengubah masa depan selepas sekian lama hidup dalam kemiskinan.

Mengikut sistem perundangan Emiriah Arab Bersatu (UAE), ketiga-tiga mereka berkemungkinan menerima penalti tinggi kerana kesalahan menyerupai wanita.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga tiga tahun.

Kisah penyamaran tiga lelaki itu turut tular di media sosial, malah ada yang menyamakan perbuatan mereka seperti babak dalam filem Hollywood White Chicks. – Daily Star.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Daily Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *