Seperti hidupan lain, kucing juga mempunyai perasaan namun hanya dizahirkan melalui sikap dan perbuatannya.
TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI
Walaupun ia sering dikenali sebagai haiwan yang pemalas seperti suka makan dan tidur, namun hakikatnya ‘si bulus’ sangat manja serta sering mendambakan perhatian daripada pemilik masing-masing.
Setelah bertahun-tahun dibela, hubungan yang terjalin dengan pemilik malah pastinya sangat kuat ekoran sudah mesra bersama. Walau bagaimanapun menerusi perkongsian oleh Maziah Saarif di TikTok baru-baru ini,
kucing peliharaan digelar Opie seolah-olah merajuk dan berasa tersisih apabila kasih sayang telah beralih arah kepada bayi yang baru dilahirkan.
Seolah rasa diketepikan, ‘si bulus’ tersebut malah buat macam-macam perkara untuk menarik perhatian tuannya. Namun begitu, mujurlah Opie boleh terima kehadiran ‘adiknya’ kira-kira 2 bulan selepas dilahirkan.
Sejak itu kedua-duanya mula rapat bukan setakat ketika bermain, malah tidur pun sebelah-sebelah juga. Secara keseluruhan, perkongsian video berkenaan meraih lebih 500 ribu views setakat ini.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen awalnya bersimpati dengan kucing tersebut apabila mula merajuk siap palingkan mukanya lagi.
Namun Opie tetap dipuji kerana memahami dan menerima baik kehadiran ahli baru dalam keluarga tuannya.
KOMEN NATIZEN :
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
— video rendom (@NEhlart) February 11, 2022
Kredit : TikTok maziahsaarif