MERSING – Seorang pekerja syarikat kurier maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan di kilometer 8 Jalan Nitar- Mersing petang tadi.
Difahamkan mangsa, Muhammad Luqman Hakim, 24, dalam perjalanan untuk menghantar barang di Felda Nitar dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 1.50 petang itu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori dari syarikat kurier yang sama.
Tambahnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes tersebut diklasifikasi bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Assallamualaikum sahabat semua*
*Rabu 23/02/2022*
*Untuk makluman semua, Adik Muhammad Luqman Hakim Bin Hasan telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalanraya di Felcra Sungai Melikai pada jam lebihkurang 2.30 petang tadi.*
*Jenazah kini berada di Hospital Mersing bagi urusan bedah siasat. Allahyarham tinggal di Perumahan SPKR Kg Sawah Datok dan berkerja di syarikat Kurier JnT Mersing*
*Al-Fatihah buat Allahyarham.*
Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber kosmo