Semasa

VIDEO”- Seorang Lelaki Tekat Bakar Diri Sendiri,, Kerana Kecewa ‘KEKASIH’ Ada Teman Lelaki Baru

Kecewa ‘Girlfriend’ Ada Kekasih Baru, Lelaki Sengaja Bakar Diri Sendiri

Bapa mangsa memberitahu mangsa juga cuba memakan racun tikus semasa berada di dalam tandas rumahnya pada Selasa lalu dan semua tindakan ini disebabkan rasa kecewa terhadap bekas kekasihnya.”

TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI

KANGAR – Kecewa dengan tindakan bekas teman wanita yang mempunyai kekasih baru didakwa menjadi punca seorang lelaki membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintong, dekat sini pada malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, orang awam yang berada di lokasi kejadian telah menenangkan dan menyelamatkan mangsa dengan menghubungi ambulans sebelum lelaki itu dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTF untuk mendapatkan rawatan.

Mengulas lanjut, Wari juga berkata, bapa mangsa memberitahu mangsa juga cuba memakan racun tikus semasa berada di dalam tandas rumahnya pada Selasa lalu dan semua tindakan ini disebabkan rasa kecewa terhadap bekas kekasihnya.

Menurutnya, sebelum kejadian tersebut, bapa mangsa memaklumkan lebih kurang 8.45 malam ketika berada di rumah, mangsa memberitahu telah terminum petrol.

“Kemudian mangsa telah keluar daripada rumah membawa satu botol berisi petrol yang diambil daripada motosikalnya dan menaiki kereta jenis Perodua Axia. Mangsa memaklumkan ingin pergi ke kaki bukit untuk memesin rumput rumah datuknya.

“Bapa pengadu berasa curiga dan terus ke balai polis untuk membuat laporan kerana percaya mangsa cuba membunuh diri. Apabila sampai di Balai Polis Kangar,

polis memaklumkan telah menjumpai sebuah kereta dalam keadaan terbakar dan kenderaan itu disahkan bapa mangsa semasa tiba di tempat kejadian,” ujarnya.

Tambah Wari, bahagian forensik bomba dan penyelamat akan ke lokasi kejadian pada Khamis bagi mengesan punca kebakaran.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *