Setiap kali menaiki kapal terbang, pastinya kita sedikit sebanyak diselubungi perasaan khuatir, tambahan pula bagi yang jarang menggunakan pengangkutan udara ini.
BUMBUN TERTANGGAL , PESAWAT MASIH TETAP TERBANG
Selama pesawat digunakan sebagai salah satu medium pengangkutan, bermacam-macam peristiwa berkait nahas kapal terbang yang telah berlaku di seluruh dunia.

Salah satu peristiwa kapal terbang yang sehingga kini tercatat dalam sejarah penerbangan adalah insiden Aloha Airlines Penerbangan 243 yang sempat menggemparkan dunia pada tanggal 28 April 1988.
Walaupun pesawat yang dikenali sebagai Queen Liliuokalani ini berjaya mendarat 10 minit setelah mengalami detik cemas itu, insiden tersebut telah meragut nyawa seorang kru.

Kru kapal berkenaan yang juga seorang ketua pramugari telah tercampak keluar dan hilang di laut. Setelah tiga hari misi pencarian, mayat mangsa yang merupakan satu-satunya korban dalam kejadian tersebut masih tidak dapat ditemui sehingga hari ini.
Sementara itu, seorang pramugari pesawat Aloha Airlines Penerbangan 243 mengalami kecederaan serius di kepala dan dilaporkan tidak sedarkan diri.
Manakala, seorang lagi kru bersama beberapa penumpang tercedera akibat terkena serpihan bumbung pesawat.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Aerotime