Gambar di atas sebagai hiasan.
KEMAMAN – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan mati dalam keadaan ngeri dipercayai ditikam ibu kandungnya sendiri di daerah ini, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, mayat bayi lelaki itu ditemui dengan kesan tikaman pada bahagian dada kiri bersama ibunya yang berusia 15 tahun.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu dipercayai bersendirian di rumahnya ketika melahirkan bayi itu.
“Masih muda..sebaya anak saya. anak saya pun masih manja dngan saya lg..” – Rosnita
“Sedih btul lh..bru 15 thun kot xblh fkir pjng lgi.mkin sbb ank tu ngis kot yng dia xfkir pjng trus bnuh utk xmau orng thu..cri lki yng wt dia tu.” – Tok Batin
“Kesiannya harap smua ahli kluarga suspect ttp redha dan sabar.. semoga Allah bg taufiq dan hidayah pd suspect dan bapa bayi tu sblum trlmbat insyaAllah.” – Penasihat
Baru-baru ini, media sosial kecoh mengenai kes pembunuhan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dipercayai ditikam ibu kandungnya berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kemaman, Terengganu.
Susulan daripada itu, pihak polis kini meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun untuk membantu siasatan kes memperkosa seorang remaja serta bayi ditikam ibu itu.
Menerusi laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan itu dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan bayi tersebut.
“Kita minta individu ini tampil menyerah diri bagi membantu siasatan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Kita juga mengalu-alukan bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengetahui di mana lelaki itu berada,” katanya.
Difahamkan, Mohammad Hazuarie gagal menyerah diri meskipun diminta berbuat demikian selain tidak dapat dikesan oleh pihak polis di rumahnya di Bandar Seri Bandi, Chukai.
“Kita percaya dia telah melarikan diri ke bahagian utara Terengganu dan polis akan berusaha mengesannya,” ujarnya.
Bagi mereka yang mengenali dan mengetahui maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin ditalian 012-6380342 atau menghubungi balai polis berhampiran.
Memetik laporan Utusan Online sebelum ini, remaja perempuan terbabit sudah direman tujuh hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: BH Online (Rosli Ilham) , Utusan Online (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan)