Semasa

“Aunty Orang Melayu, Aunty Orang Islam Tapi Aunty Quranist,” – Nenek 61 Tahun

Tular dalam media sosial sebuah video berdurasi 4.29 saat yang memperlihatkan seorang wanita berpangkat nenek mengaku Melayu dan Islam namun berfahaman quranist.

TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI

Quranist bermaksud hanya mengikut terjemahan al-Quran dengan fahaman sendiri namun menolak hadis Nabi Muhammad SAW serta memilih untuk tidak bermazhab.

Video berkenaan mula dimuat naik oleh Amirah Husain, 61, pada 10 Januari yang lalu dalam aplikasi TikTok dan setakat ini menerima hampir 300,000 jumlah tontonan.

Antara petikan ayat yang diucapkannya adalah :

“Ada orang mesej Aunty kata Aunty setuju tak orang cakap Aunty ni lebih banyak kebaratan daripada Melayu? Tak.. Aunty mengaku Aunty orang Melayu walaupun keturunan Aunty only one quater jer orang Melayu.

“Aunty ikut translation al-Quran, word by word translation. Kalau dalam al-Quran tak kata wajib, dalam al-Quran tak sebut rambut, Aunty tak ikutlah sebab Aunty Quranist.

“Aunty bukan Sunni, Aunty bukan Syiah, Aunty tak ikut mazhab. Okay? So, jangan get upset, jangan ingat kita boleh tegur orang sebab kita orang Islam, semasa Islam, kita nak tegur orang.

“Kita tak boleh tegur orang unless kita dah tahu berapa banyak agama Islam di dalam dunia ini, yang lain daripada kita, okay? So, kita jangan ingat Islam Malaysia jer yang betul? Okay?

“Tengok Indonesia sudah. Pergi Turki, pergi Saudi Arabia. Kalau tengok cara orang sembahyang di Afrika, kita mesti rasa eh tak betullah orang tu sembahyang.

“Lain daripada kita. Tengok orang Syiah sembahyang dekat Pakistan. Kita kena travel dulu, travel tengok, buka minda kita, lepas tu baru kita boleh tegur orang.

“Kita jangan nak tegur orang kalau kita tak tahu segala-galanya lagi pun kita takkan tahu segala-galanya dalam dunia ini. Tuhan jer yang tahu,” ujar Aminah dalam sebuah video di TikTok miliknya.

Mendengar setiap perkataan yang diucapkan Amirah, dia jelas telah menghina Perkara 3 (1) iaitu Islam sebagai agama Persekutuan dan perlekehkan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegaskan manhaj akidah umat Islam di negara ini haruslah berlandaskan ahlus sunnah wal jamaah.

Sehingga hari ini belum ada sebarang laporan polis dibuat dan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Agama Islam Negeri harus mengambil tindakan tegas mengenai perkara ini.

Kalau kedua-dua jabatan agama ini hanya menunggu masyarakat Malaysia laporkan baru kerja-kerja siasatan dibuat dan akan berlanjutan berbulan-bulan lamanya, ada baik serahkan tugas pemantauan itu kepada para netizen sahaja.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

SUMBER : Face

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *