Semasa

Sanggup Derma Buah ‘Pinggang’ Selamatkan Kekasih, Wanita Terkilan Ditinggalkan Lepas Pembedahan

Saya Tidak Sanggup Melihat Dia Mati

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendakwa ditipu sang kekasih apabila dia ditinggalkan selepas mendermakan buah pinggangnya kepada lelaki itu.

Memetik laporan Mirror UK, wanita yang dikenali dengan nama Colleen Le berusia 30 tahun mengakui dia nekad berkorban untuk ‘menyelamatkan’ sang kekasih

selepas mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya menghidap penyakit buah pinggang yang kronik sejak di usia remaja lagi.

Difahamkan, lelaki berkenaan terpaksa menjalani rawatan dialisis ketika berusia 17 tahun dan doktor memaklumkan bahawa buah pinggangnya hanya berfungsi kurang daripada lima peratus.

Setelah sepuluh bulan selesai menjalani pemindahan buah pinggang, wanita itu mendakwa teman lelakinya meninggalkan dirinya. Tidak cukup dengan itu, lelaki itu menuduh dirinya melakukan pemindahan tersebut hanya ‘untuk nampak baik’.

Bercerita dengan lebih lanjut, Colleen mendakwa sikap teman lelakinya mula berubah selepas dia menghadiri sebuah majlis bersama rakan-rakannya di Vegas .

Saya memutuskan untuk menjalani ujian ini sebab merasakan bahawa dia adalah pasangan serasi dan saya tak sanggup melihat dia mati. Saya takut.

Sejak daripada itu, mereka kerap bertengkar dan siapa sangka, tiga bulan kemudian, lelaki itu mengaku telah menipu Colleen dan meminta untuk memutuskan hubungan antara mereka.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mirror UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *