Semasa

KABAR DUKA ” Warga Emas Jatuh Dari Tingkat 4 ” Di Wajibkan Pemasangan Jeriji

Lagi kes jatuh flat. Seorang warga emas lelaki berusia 94 tahun pa.tah kaki kanan selepas terjatuh dari tingkat 4 sebuah flat di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sungai Plan di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu, pagi semalam.

Dalam insiden itu, warga emas berkenaan kemudiannya tersangkut pada bahagian bumbung sebuah kediaman di tingkat 1 flat berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima makluman berhubung insiden pada 7 pagi.

Sampai di lokasi kejadian didapati mangsa masih lagi terbaring atas bumbung di tingkat 1 dalam keadaan kesa.kitan. Pasukan bomba mengangkatnya menggunakan pengusung khas.

Pasukan paramedik memberi rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke H0spital Bintulu. Punca sebenar bagaimana warga emas itu jatuh belum dapat dipastikan.

Wajibkan Jeriji

Kes orang jatuh daripada perumahan jenis pangsapuri ataupun kondominium sebegini bukanlah satu kes baharu. Ianya merupakan kes yang berulang saban tahun.

Namun, sehingga kini tiada tindakan konkrit diambil untuk mengatasinya sedangkan setiap tahun pelbagai cadangan dikemukakan untuk mengelak kejadian sama daripada berulang.

Susulan itu, kini ada desakan buat kerajaan agar menggubal undang-undang yang mewajibkan pemasangan peralatan keselamatan seperti jeriji di tingkap dan pintu kediaman tinggi bagi mengelak kejadian seperti ini.

Pengerusi Jabatan Seni Bina dan Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ar Dr Mohd Farid Mohamed, berkata penambahbaikan boleh dibuat dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam atau Undang-Undang Strata Bangunan dengan mewajibkan pemaju memasang peralatan keselamatan yang mempunyai reka bentuk bersesuaian.

Selain itu, kerajaan juga boleh memberikan kuasa kepada agensi tertentu seperti bomba untuk melakukan penguatkuasaan terhadap pemasangan peralatan keselamatan di bangunan dan kediaman tinggi,” katanya

Mohd Farid juga berkata, pemasangan jeriji di bangunan kediaman, sama ada perumahan berkepadatan rendah atau tinggi juga diperlukan bagi mengelak kejadian jena.yah seperti pecah rumah.

Bagaimanapun, pemasangan jeriji di kediaman juga mempunyai risik0 seperti kem4tian akibat kebakaran.

“Ia sering berpunca daripada jeriji yang gagal dibuka dalam masa yang pantas menyebabkan penghuni atau mangsa lemas akibat asap tebal.

“Namun, perkara ini boleh berlaku sama ada di kediaman rendah atau bertingkat dan insiden sebegini kerap berlaku walaupun pihak bomba sudah menyediakan garis panduan pemasangan jeriji di kediaman,” katanya.

Satu Keperluan

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad, pula berkata keperluan pemasangan jeriji di kediaman tinggi seperti pangsapuri dan kondomonium bukan perkara yang disyaratkan, namun ia dilihat sebagai satu keperluan.

“Perkara ini (pemasangan jeriji) adalah pilihan kepada penghuni dan ia tidak disyaratkan kerana bimbang ada pihak lain yang tidak selesa, maka ia lebih kepada keperluan individu.

“Namun, dari segi kebombaan, sudah tentu pemasangan jeriji akan menjadi satu halangan untuk memasuki bangunan dari luar sekiranya berlaku atau kecemasan,” katanya.

Pasang Jeriji Syarat Bina Pangsapuri, Kondominium Baru

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu melihat pemasangan jeriji sebagai syarat pembinaan kediaman baharu yang tinggi sebagai satu kewajaran demi keselamatan penghuni terutama kanak-kanak.

Untuk kediaman tinggi yang baru hendak dibina, kerajaan boleh membuat satu ketetapan bahawa mesti ada langkah keselamatan tambahan termasuk keperluan memasang jeriji di setiap unit kediaman.

“Namun masalah sekarang adalah kediaman yang sudah siap terbina dan sedia ada, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan untuk perkara itu bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini seperti kes kanak-kanak terjatuh,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, penetapan peraturan atau undang-undang baharu untuk kediaman tinggi sedia ada boleh menimbulkan k0nflik serta isu, selain memakan masa kerana ia membabitkan isu perundangan.

Namun, satu penyelesaian konkrit mahu tidak mahu perlu diambil di samping peranan ahli keluarga memperhatikan keselamatan ahli isi rumah masing-masing.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Hmetro / Bh

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *