Tidak salah untuk berkawan, tapi jangan sampai abaikan perasaan ahli keluarga. Bagi sesetengah orang ayat berkenaan muingkin agak klise,
TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI
tetapi realitinya agak malang jika kita tidak mengambil berat tentang mereka yang sentiasa berada dekat di kala waktu susah mahupun senang bersama.
HAMPIR DUA BULAN TELANTAR, BARU KENAL SIAPA KAWAN SIAPA SAHABAT… MACAM MANA PUN FAMILY TETAP YANG UTAMA
Menerusi aplikasi TikTok, wanita yang dikenali sebagai Effa ini mendedahkan bahawa dirinya kini semakin pulih biarpun hampir 2 bulan dirawat di pusat perubatan.
Ujarnya saat diuji sebeginilah, dirinya baru kenal yang mana satu kawan dan sahabat di kala susah. Pun begitu, dia sangat bersyukur apabila seluruh ahli keluarga sentiasa mengutamakannya sepanjang tempoh berkenaan termasuklah suap makanan dari tingkap.
YANG MANA TANYA OPERATION APENDIKS BERNANAH BUKAN PUNCA MAKAN PEDAS,, TAPI HAMPIT NAK PECAH SEBAB TU LAMA NAK SEMBUH
Dalam pada itu, Effa mendedahkan bahawa sebelum ini dirinya perlu menjalani operation kerana apendiks bernanah. Walau bagaimanapun, ia bukanlah berpunca daripada amalan gemar jamah makanan pedas.
Setelah itu, wanita berkenaan mengambil tempoh masa yang agak lama untuk kembali sembuh kerana apendiksnya pada masa itu hampir pecah.
PART SUAP KAT TINGKAP TU TERASA NAK MENGALIR AIR MATA, DULU PENTINGKAN KAWAN, TAPI BILA TAK SIHAT BARU TAHU SIAPA YANG JAGA KITA
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat gelagat keluarga melayan wanita berkenaan serta mendoakannya lekas sembuh.
Selain itu mereka turut akui apabila diuji sebegini, keluargalah pihak yang sentiasa ada di sisi berbanding kawan-kawan.
KOMEN NETIZEN :
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Macam baru kenal siapa kawan siapa sahabat😥 pic.twitter.com/fGK177YBm6
— video rendom (@NEhlart) January 30, 2022
Kredit : TikTok @_effaa76