Semasa

( VIDEO )” Saya Pastikan Dia Makan Makanan Halal’ Kasih Tidak Bertepi Laoshi

 

Kuala Lumpur: Dua puluh dua tahun lalu, dia ditinggalkan di tadika kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia.

TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI

Ketika itu, usia Rohana Abdullah baru sahaja dua bulan namun kerana kemurnian hati seorang wanita berbangsa Cina, dia dijaga seperti anak sendiri sehinggalah sekarang.

Wanita itu, Chee Hoi Lan, 83, adalah guru tadika di mana ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan dan mengenangkan nasib bayi terbabit, dia mengambil keputusan menjaganya seperti anak sendiri.

Hoi Lan berkata, dia sedar isu perbezaan agama akan menjadi masalah dan kerana itu, dia berusaha menyediakan segala keperluan Rohana, 22, menggunakan wangnya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

Hoi Lan yang tidak berkahwin berkata, selama ini Rohana tinggal bersamanya di sebuah kawasan perumahan di ibu negara dan sehingga hari ini, dia memastikan ‘anaknya’ itu meneruskan hidup sebagai seorang Muslim.

“Saya tahu ada benda yang dia tidak boleh makan. Saya tahu ada masanya dia perlu solat dan itu langsung tidak menjadi masalah.

“Saya mengambil tanggungjawab sebagai ibu, saya didik, saya asuh dia seperti mana sepatutnya. Yang membezakan kami adalah budaya dan agama,” katanya.

Rohana yang kelihatan sedih sepanjang perbualan berkata, dia akan terus menyayangi emak angkat yang mesra dipanggil laoshi (cikgu dalam bahasa Mandarin) itu walaupun selepas dia membawa haluan sendiri.

Katanya, ibunya yang juga warga Indonesia berkahwin dengan bapanya seorang warga tempatan yang menghilangkan diri selepas dia dilahirkan datang ke Malaysia beberapa kali sepanjang dia dijaga oleh Hoi Lan.

“Cuma ketika ini saya berdepan masalah status kewarganegaraan. Saya faham kerana ibu warga Indonesia dan bapa pula menghilangkan diri sejak saya kecil.

“Saya ada memohon taraf kewarganegaraan pada 2016 dan sehingga kini masih belum ada maklum balas.

“Jadi saya dan laoshi berjumpa dengan Gulam Muszaffar yang kebetulan anak muridnya pada 1980 untuk meminta bantuan dalam isu ini,” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

TONTON VIDEO :

Sumber : Harian Metro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *