Semasa

Buat Kejutan Jadi Juri Khas, Jep Terus ‘BahaN’ Shuib Ikut Gerakan Macam DSV

Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021  yang berformatkan komedi ini telah pun melabuhkan tirai malam tadi dengan kumpulan Arteh diangkat menjadi juara. Kumpulan tersebut telah dianggotai oleh dua orang anak pelawak terkenal, Mr Os dan mereka juga membawa pulang wang RM30,000 beserta trofi.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Dalam program tersebut juga, kerusi juri tetap seperti biasa diisi oleh anggota kumpulan Sepahtu iaitu Jep, Rahim dan juga Pak Ya. Lisa Surihani juga telah diundang untuk mengadili 4 finalis pada malam tadi dan satu lagi kerusi telah diduduki oleh juri khas.

Siapa lagi kalau bukan anggota kumpulan Sepahtu yang sedang mengambil keputusan berehat dari industri seni iaitu Shuib Sepahtu. Kehadirannya jelas membuatkan sahabat-sahabatnya terutamanya Jep mengukir senyuman tatkala Shuib menghampiri kerusi juri.

Shuib yang hadir pada segmen kedua membuatkan studio gamat dengan sorakan kerana ramai yang mengakui rindu akan kehadirannya bersama Sepahtu lagi.

Walau bagaimanapun, mereka tetap profesional dan masing-masing lebih fokus kepada memberikan komen kepada para peserta.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan TikTok dengan mengakui bahawa kehadiran Shuib sedikit sebanyak membuatkan rakan-rakannya ceria terutamanya Jep.

Mereka juga berasa terhibur dengan program tersebut dan merindui pelawak itu untuk kembali bersama dengan Sepahtu menghiburkan orang ramai.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Tonton Video:

Sumber: Ohmymedia, TikTok @hafeeschelah, paktampya, Instagram Zon LawakShuib Sepahtu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *