Semasa

Rakaman KemaIangan Myvi Rempuh Kereta Elak MPV Memotong, Haszariza Maut Di Tempat Kejadian

DUNGUN: Seorang pemuda maut selepas kereta PERODUA Myvi dipandunya bertembung kereta lain di di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Air Hitam, Paka, hari ini.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah, berkata Mohamad Haszariza Sulong, 26, maut di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Katanya, kereta mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan.

“Kes disiasat disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Y ahya Maani yang keretanya bertembung dengan kenderaan mangsa berkata, kereta Mohamad Haszariza memasuk laluannya dan dia tidak sempat mengelak.

“Saya dan arwah berkawan sejak 11 tahun lalu. Dia datang ke rumah saya di Kijal, Kemaman dan tidur beberapa malam di rumah.

“Arwah juga mengatakan hendak berehat bebrapa hari di rumah saya kerana sering sibuk dengan urusan menghantar pesanan,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sabarudin turut menasihatkan ibu bapa memantau aktiviti anak mereka supaya tidak terlibat dengan perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN CCTV :

Sumber BH dan MediaSosial

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *