Semasa

BANJIR ” : BSN Tawar Pembiayaan Pinjaman Kewangan Peribadi Tanpa Faedah Sehingga RM10,000

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menawarkan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah MyRinggit-i Banjir sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 yang diumumkan pada minggu Iepas kepada man*gsa banjir.

Beliau berkata pembiayaan itu adalah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan dan selanjutnya bayaran balik dalam tempoh sehingga 3.5 tahun.

Pemohon boleh memohon mulai 27 Dis, 2021 melalui https://www.bsn.com.my.

Selain BSN, Ismail Sabri juga berkata TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan.

“Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan,” katanya.
– BERNAMA

Terkini: Cara Mohon Moratorium & Penangguhan Bayaran Balik 6 Bulan Mangsa Banjir

Berita baik Niaga Kini ingin kongsikan dengan anda iaitu baru sebentar tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob telah membuat satu pengumuman mengenai penagguhan bayaran balik dan moratorium.

Kata beliau, bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan.

Beliau memberitahu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk PMKS yang terjejas melalui Kemudahan Bantuan Ben*cana 2022 (DRF 2022).

“BNM juga sedang berusaha menambah peruntukan ke atas DRF 2022 yang diumumkan baru-baru ini, daripada RM200 juta kepada RM500 juta berdasarkan keperluan semasa,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kesemua inisiatif ini adalah Ianjutan daripada bantuan kerajaan yang diumumkan sebelum ini termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah, bagi membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir.

Beliau amat bersimpati dengan kesengsaraan dan juga kepayahan yang terpaksa ditanggung Keluarga Malaysia akibat terkesan dengan bencana banjir.

“Mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan SeIangor terpaksa menanggung kerugian akibat kemus*nahan harta benda,” katanya – BERNAMA via niaga dot my

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

𝖲𝖴𝖬𝖡𝖤𝖱 : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *