Nelayan Menemui Muntah Paus Seberat 30kg Di Pantai
Kisah penemuan muntah paus atau ambergris bukanlah sesuatu yang asing dan sudah kerapkali berlaku. Hampir setiap kali penemuan muntah paus ini akan menjadikan penemunya sebagai jutawan selepas menjualnya.
Ambergris dihasilkan oleh ikan paus selepas memakan sejumlah besar ‘Cephalopod’ seperti sotong dan ia terhasil kerana tidak dicerna sepenuhnya. Bahagian itu bergerak ke usus ikan paus, perlahan-lahan menjadi jisim padat dalam perut mamalia besar itu selama bertahun-tahun. Ikan paus itu kemudian memuntahkannya sebelum ia terapung di permukaan laut dan dikenali sebagai ambergris (muntah paus).
Antara kegunaan ambergris atau muntah paus ini adalah dalam bidang industri minyak wangi dan kosmetik dimana ianya bahan yang sangat berharga dan berkualiti dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.
Bau muntah paus ketika masih basah adalah sangat busuk tetapi bila dah kering, ia mengeluarkan bau yang wangi dan manis serta tahan lama dan ini membuatkannya sebagai bahan yang sangat bernilai dalam pembuatan minyak wangi.
Menurut Narong Phetcharaj, penduduk kampungnya turut bergembira dengan penemuan tersebut kerana mereka tidak pernah lagi melihat dan menyentuh ambergris selama ini. Narong Phetcharaj juga bercadang untuk menjual ambergris itu dan untuk mahu bersara jika mendapat harga yang terbaik dan membuat pesta untuk rakan-rakannya.
Narong Phetcharaj juga sudah mempunyai sijil yang membuktikan ambergris yang ditemuinya itu adalah asli dan bukan palsu.
Harga pasaran untuk ambergris adalah lebih kurang AS$40,000 (RM167,000) sekilogram dan dianggarkan ambergris yang ditemui oleh Narong Phetcharaj yang seberat kira-kira 30kg itu bernilai kira-kira RM5 Juta.
Sebelum ini seorang pengutip sampah di Thailand pernah menemui ambergris terbesar di dunia seberat lebih 100kg.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
SUMBER : Win/Face