Semasa

VIDEO“ Doakan Saya..” – Segan Nak Mengaku, Diana Amir Kini Berniqab Sepenuhnya

Pelakon dan juga personaliti TV, Diana Amir mengakui bahawa dirinya sudah berniqab dan berharap agar terus kekal istiqamah dengan penampilan terbarunya itu.

TONTON VIDEO DIBAWAH SEKALI

Ujar Diana, dia pada awalnya agak segan untuk mengaku dan berkongsi mengenai perkara tersebut namun berharap agar orang ramai mendoakannya untuk terus kekal dan memahami dengan lebih mendalam mengenai agama Islam.

Katanya, dia memilih untuk memakai niqab kerana ingin mencari keberkatan dan keredaan Allah S.W.T. serta menganggap ianya sebagai satu fasa dalam kehidupannya.

Jelas Diana, dia berharap segala tindakannya selepas ini akan dipermudahkan Allah S.W.T dan akan terus mencari hikmah di sebalik ujian dan dugaan dalam hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir)

Sekadar info, Diana Amir mula berhijrah memakai tudung pada sekitar tahun 2011. Dia kemudiannya mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dengan suami, Mohd Habibbullah A Rahman dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata yang kini berusia empat hingga tujuh tahun.

Diana Amir

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : dianaamir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *