Semasa

VIDEO” Alahaii Sweetnye” Iqbal Kini Rapat Dengan Penyanyi ‘Indonesia’, Terpikat Sebab Selalu Ingatkan Solat

TINDAKAN usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli memuat naik foto dan video bersama seorang gadis di laman Instagram mengundang pertanyaan netizen yang mahukan kepastian adakah benar dia kini sudah menemui cinta baharu di Indonesia.

TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI

Tampil menjawab persoalan itu, Iqbal, 27, menjelaskan dia kini sedang mengenali seorang wanita yang juga merupakan penyanyi sedang meningkat naik di negara seberang bernama Indah Nevertari.

Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi sebab saya lebih selesa berkawan dahulu, tak naklah baru kenal terus ajak bercinta, saya pun dah beritahu awal-awal mahu bersahabat dahulu supaya tak nampak macam bagi harapan.

Iqbal selesa berkawan dengan Indah.

“Tak perlu la nak tergesa-gesa tentang cinta sebab saya percaya soal jodoh sama ada cepat atau lambat pasti akan tiba juga… buat masa ini saya sangat selesa berkawan dengan Indah di sini,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram milik Indah, penyanyi itu meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang sahabat yang baik dan memahami perjuangannya dalam industri seni.

“Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan Innev (nama panggilan Indah) dengan seseorang yang sangat baik, rendah diri dan memahami setiap perjuanganku.

“Aku berjanji akan selalu membuatkmu gembira. Terima kasih kamu yang tampan Iqbal,” tulis Indah.

Iqbal berada di Indonesia bagi urusan kerja sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ini memberitahu dia terbuka hati untuk mengenali Indah kerana sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi berusia 29 tahun itu.

“Banyak perkara mengenai Indah yang buatkan saya suka antaranya dia sangat menjaga solat. Kalau kami keluar ke mana-mana, dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama.

“Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat… Indah juga bukan orang yang materialistik atau memandang harta benda.

“Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

VIDEO :

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *