Semasa

Akan Ada Hukuman Berat ‘ Penjara Tiga Tahun ‘Jika Buat Aksi ” Lucah”Jelik” Tidak Senonoh Di Media Sosial

Hukuman berat jika buat aksi lucah

PENGGUNA media sosial yang ghairah menayangkan “aset” atau melakukan perbuatan tidak senonoh demi mengumpul views serta menjana pendapatan melalui media sosial, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Pengenalan beberapa fungsi baharu di media sosial membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan melalui pemberian hadiah dari penonton, yang kemudiannya boleh ditukarkan kepada wang ringgit.

Fungsi ini bagaimanapun “mengalakkan” sesetengah individu untuk tampil lebih ghairah demi untuk meraih lebih banyak tontonan serta “gift” dari para penonton.

Ia bergantung kepada bahan tersebut. Contoh kalau dia muat naik visual orang bogel terus, kita boleh ambil tindakan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu menyebarkan bahan lucah ataupun perkara-perkara jelik.

“Dia juga boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233, AKMM iaitu penggunaan tidak wajar rangkaian dan perkhidmatan seperti media sosial atau Internet untuk kemas kini perkara-perkara jelik dan lucah.

“Jadi apa-apa pun perbuatan dia yang jatuh kepada elemen jelik, lucah dan menimbulkan kegusaran masyarakat, contohnya macam dia pakai baju tapi tak pakai pakaian dalam, kemudian dia buat aksi menghairahkan macam pegang pisang kemudian jilat seperti perlakuan orang seks, maka kita boleh siasat di bawah AKMM,” katanya.

Katanya, selain pihak yang bertanggungjawab memuat naik serta menyebarkan video tersebut, individu yang dikenalpasti melakukan aksi lucah atau ghairah tersebut juga boleh dikenakan hukuman.

“Orang yang buat dan orang yang menyebarkan sekali boleh disiasat. Kalau bahan terbabit melibatkan kanak-kanak, kita akan guna Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Jadi kalau ada orang yang muat naik gambar kanak-kanak dengan unsur seksual, kita boleh siasat bawah (penyebaran) pornografi kanak-kanak, tapi kalau orang dewasa, kita guna kanun keseksaan dan AKMM,” jelasnya.

Malah menurut Siti Kamsiah, selain orang dewasa, kanak-kanak yang mempunyai kematangan akal fikiran yang menyebarkan video aksi jelik juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Undang-undang kata kanak-kanak bawah 10 tahun tidak bertanggungjawab atas sebarang perlakuan jenayah yang dilakukan.

“Tapi kalau umur dia 10 ke 12 tahun kita kena tengok akal dia, sama ada dia faham tak kesan dan akibat perbuatan dia, jadi tanggungjawab jenayah itu bergantung kepada kematangan akal fikiran mereka.

“Kalau 12 tahun ke atas dia sendiri buat, maka dia sudah pun mempunyai tanggungjawab jenayah dan tindakan boleh diambil terhadapnya,” katanya.

Bukan itu sahaja, menurut Siti Kamsiah, individu yang melakukan aksi ghairah di media sosial sehingga ia menjadi ikutan kanak-kanak juga boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, atas kesalahan pengantunan kanak-kanak.

“Sebelum ini kita ada menerima satu kes orang dewasa melakukan aksi lucah secara langsung, kemudian dia macam galakkan budak untuk ikut sama aksi dia. Jadi kes-kes seperti ini boleh disiasat di bawah kesalahan pegantunan kanak-kanak.

“Cuma kita perlu orang ramai yang melihat siaran langsung tersebut untuk melaporkan kepada pihak polis, dan kita juga perlukan rakaman tersebut sebagai bukti, Jjadi dekat sini timbul kesukaran pada pihak polis sebab sesetengah aplikasi bila live dah tamat, video pun hilang.

“Kita juga kena kesan balik mereka yang menonton video tu, mangsa, atau saksi, jadi kerja ini tak mudah sebab dia melibatkan platform yang bukan dalam capaian pihak polis memandangkan platform ini milik pihak ketiga,” katanya. — Majoriti

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *