Jika anda hendak menukar kad debit Maybank akibat sudah tamat tempoh atau rosak tetapi tidak tahu bagaimana caranya, anda boleh ikut cara mudah yang kami kongsikan ini.
Sebelum itu, anda perlu memastikan bahawa kad debit anda bukan
Kad Debit Visa Barcelona FC
Kad Debit Visa Bergambar
Kad Debit Visa Premier
Jika kad debit anda hilang, kecurian atau lupa kata laluan, anda juga tidak dibenarkan untuk untuk membuat tukaran kad ini. Disamping itu, anda perlu pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk penggantian kad baharu.
Kita teruskan kepada langkah pertukaran kad debit Maybank ini. Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa setiap proses pertukaran kad ini anda akan dicas sebanyak RM12.
1. Log masuk perbankan atas talian Maybank2u dan log masuk.
2. Tekan profile pada bahagian atas kanan.
3. Tekan SETTING
4. Tekan CARDS
5. Pada menu Manage Debit Cards ini, pilih Debit Card- Replace, Activate & Block
6. Tekan butang menu 3 titik
7. Pilih Replace Card
8. Pastikan maklumat alamat anda betul. Klik pada ruang yang disediakan jika anda setuju dengan terma dan syarat. Kemudian tekan REPLACE CARD.
9. Anda perlu mohon dan masukkan No. TAC. Setelah selesai, anda akan diberikan satu notifikasi bahawa pertukaran kad anda telah berjaya.
Anda hanya perlu menunggu kad debit baharu anda dihantarkan ke alamat yang telah anda masukkan. Proses ini akan mengambil masa kurang daripada 9 hari.
Selepas anda terima kad baharu anda, kad tersebut perlu diaktifkan dengan cara:
Mesin ATM Maybank
Masukkan kad > Pilih bahasa > Masukkan kata laluan
Pilih Transaksi Lain > Perkhidmatan Lain > Halaman Seterusnya > Aktifkan Kad
Laman Sesawang Maybank2u
Log Masuk
Pergi ke SETTING > CARD > ACTIVATE
tu sahaja perkongsian daripada kami. Harap bermanfaat.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mybank