Semasa

( VIDEO )”Selepas Terima Hadiah Motosikal, ‘Abang Viva’ Diangkat Di NONA SUPERHERO AWARD

Budi yang baik memang akan dibalas dengan baik dan sentiasa berada dalam ingatan semua pihak.

Begitulah yang berlaku kepada ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar yang mulai tular sejak kisah penglibatan beliau dalam menghulurkan bantuan solo kepada mangsa bencana banjir sejak Disember lalu.

TONTON RAKAMAN VIDEO ADA DIBAWAH SEKALI

Keikhlasan beliau bertukar tular setelah rakyat Malaysia menyaksikan pengorbanan beliau membawa bot angin di atas kenderaan Perodua Viva-nya serta sekeping wang kertas RM50 yang dihulurkan ibunya demi menyelamatkan mereka yang berada dalam kesengsaraan.

Abang Viva atau Azwan bersama ibunya, Norbibah dan bapanya, Omar Pilu bersama kereta Perodua Viva serta bot angin yang telah banyak berjasa. Sumber Foto : SINAR HARIAN

Dimaklumkan, beliau telah menerima beberapa panggilan daripada pihak berlainan yang ingin memberikan hadiah penghargaan di atas bantuan yang diberi selama ini.

Paling terbaru adalah hadiah berbentuk motosikal jenis Yamaha XJ6S dan aksesori motosikal lain seperti topik keledar, jaket dan beg galas daripada syarikat ICITY Motorworld Sdn Bhd. Perkhabaran itu dimuat naik sendiri oleh syarikat tersebut.

Sumber Foto : Facebook ICITY MOTOWORLD SDN BHD

Rata-rata warganet merasakan pemberian itu berbaloi dengan usaha Abang Viva sendiri dan mendoakan agar individu misteri yang menghadiahkan motosikal kepadanya akan dibalas dengan kebaikan selepas ini.

Untuk makluman, bersempena acara anugerah NONA SUPERHERO AWARD yang dibawakan oleh syarikat Nu Ideaktiv Sdn Bhd menerusi Majalah Nona pada malam ini, Abang Viva turut berada di sana sebagai tanda penghargaan pihak penganjur kepada beliau.

Menurut kenyataan Majalah Nona, bantuan Abang Viva sewaktu banjir melanda telah menyentuh hati rakyat Malaysia. Meskipun tidak bergelar ‘siapa-siapa’, keikhlasannya meredah air banjir dan menyelamatkan mangsa telah menyedarkan kita bahawa tindakan pantas adalah kunci kepada kejayaan menyelamatkan ramai nyawa.

  

Lantas, sikap kemanusiaan dan keberanian Abang Viva ini telah dijadikan salah satu kisah inspirasi yang dipancarkan sewaktu acara Nona Superhero Award pada malam ini.

Tahniah sekali lagi kepada beliau!

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

TONTON VIDEO :

SUMBER : NONA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *