Awal bulan yang lalu, tular di media sosial mengenai kisah seorang food rider yang membawa anaknya naik motor bersama. Siapa dapat menyangka, rupa-rupanya cukup luar biasa dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh ibu tunggal bersama anak syurganya ini.
RAKAMAN VIDEO ADA DIBAWAH SEKALI
Menerusi satu temubual eksklusif, penghantar makanan yang dikenali sebagai Azimah ini mendedahkan bahawa ‘anak syurganya’ bernama Zahirah disahkan buta kekal oleh doktor sejak lahir lagi. Selain itu, si cilik berusia 5 tahun berkenaan juga seorang yang hiperaktif dan setakat ini tiada pengasuh mampu tahan untuk menjaganya. Maka disebabkan tidak boleh berenggang langsung, saban hari ibu tunggal ini nekad mengambil risiko untuk membawanya bekerja sekali.

Berkat keikhlasannya bekerja demi menyara seisi keluarga, Azimah jelaskan anaknya tak pernah meragam setiap kali menghantar pesanan makanan. Namun sebaliknya, dia pula dimarahi oleh kebanyakan pelanggan gara-gara membawa budak meredah hujan panas menaiki motosikal. Meskipun syarikatnya mengarahkan untuk hantar kepada penjaga, namun sayangnya Zahirah pernah balik dengan kesan bengkak di tubuh juga. Maka sejak itulah juga si ibu tidak percayakan khidmat pengasuh lagi.



Sejak ibunya ‘pergi’, Azimah akui cahaya matanya pun seolah-olah terkesan dan semakin kurang bersemangat. Pun begitu, pesanan terakhir Allahyarhamah menjadi pegangannya demi teruskan hidup walau banyak rintangan datang. Dalam pada itu, ibu tunggal ini turut meluahkan rasa syukur banyak rezeki masuk selepas video mereka 2 beranak tular sebelum ini. Dia malah berharap dapat masukkan Zahirah ke sekolah bagi mendapat pendidikan sempurna seperti kanak-kanak lain.
data-
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Kredit : YouTube mStar Online Malaysia