Enam Tahun Hidup Dengan Contact Lens
Bagi individu yang mengalami masalah penglihatan, kehidupan seharian mereka perlu bergantung kepada cermin mata atau contact lens. Walaupun sudah biasa dengan penggunaan kanta sentuh ini, pasti ada antara mereka pernah mengalami situasi seperti gadis di bawah.
RAKAMAN VIDEO ADA DIBAWAH SEKALI
Sebuah video dimuat naik oleh @alaanibazlaa tular selepas dia berkongsikan kisah menghadapi detik mendebarkan ketika memakai kanta sentuh. Semasa gadis ini melihat matanya di cermin kereta, dia amat terkejut apabila contact lens yang dipakai tidak lagi kelihatan. Pada saat itu, Alani mula merasakan ada sesuatu pada bahagian belakang matanya.
Gara-gara itu, pemilik video ini terus bergegas menuju ke sebuah pusat rawatan. Namun, prosedur yang agak lama di sana mendesaknya untuk merujuk ke tempat lain. Semasa pemeriksaan dilakukan, doktor dan jururawat di situ akui amat terkejut dengan perkara tersebut. Setelah beberapa kali kanta sentuh itu cuba ‘dikorek’, Alani amat bersyukur ia akhirnya dapat dikeluarkan.
Sejak dimuat naik, video berdurasi 16 saat ini telah meraih hampir 800 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat bertanyakan keadaan mata Alani. Dalam masa sama, pengalaman gadis ini ternyata menambah lagi keraguan orang lain untuk memakai contact lens.
COMMENT NATIZEN :
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
— video rendom (@NEhlart) January 22, 2022
Kredit: TikTok alaanibazlaa & Instagram alanibazla