Kerana cinta, seorang wanita berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika kerugian RM4,200 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai Menteri Kewangan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang tinggal di Kemayan di sini berkenalan dengan suspek pada awal bulan ini.
“Selepas menyedari ditipu, mangsa membuat laporan kerana tidak berpuas hati suspek menggunakan nama menteri untuk menipunya selain bimbang akan keselamatan diri, keluarga serta hartanya di kemudian hari,” ujarnya.
Hati saya dah berpunya, tak minat nak cari nombor 2, kata Zafrul
Terkejut dengan berita seorang wanita ditipu dengan janji-janji oleh individu yang menyamar sebagai ‘menteri kewangan,’ Tengku Zafrul Aziz mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terpedaya sekiranya terdapat dakwaan yang sama berulang.
“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah.
“Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2? Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.
Katanya, dia terkejut apabila terbaca laporan berita bahawa terdapat seorang guru tadika berusia 59 tahun di Bera, Pahang mengalami kerugian sebanyak RM4,200.
Ia akibat terperdaya dengan janji-janji manis oleh individu yang menyamar sebagai dirinya itu.
“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana.
“Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan.
“Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali,” katanya.
Menurut laporan berita, pihak polis berkata suspek menggunakan nama ‘Tengku Zafrul’ di laman Facebook dan turut memperkenalkan dirinya sebagai menteri kewangan.
Suspek turut menghantar mesej kepada mangsa melalui WhatsApp.
SUMBER : KOSMO
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!